HomeEkonomiLima tan tomato berjaya dipasarkan menerusi khidmat pemasaran FAMA Sabah

Lima tan tomato berjaya dipasarkan menerusi khidmat pemasaran FAMA Sabah

Read Time:1 Minute, 25 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah berjaya melaksanakan khidmat pemasaran buah tomato sebagai langkah awal bagi mengelak lebihan bekalan tomato di daerah Kundasang.

Pengarah FAMA Sabah Sarman Sidno berkata, khidmat pemasaran itu adalah meliputi belian hasil pertanian daripada petani selain mengadakan jualan terus bagi membantu mengurangkan kos sara hidup.

“Berdasarkan data dan tinjauan melalui FAMA Daerah Ranau, pihak FAMA Negeri Sabah melihat terdapat sedikit peningkatan bekalan buah tomato dipasaran yang mungkin akan menyebabkan lebihan bekalan dan menjejaskan harga pasaran.

“Justeru itu, FAMA Negeri Sabah mengambil langkah awal dengan melakukan intervensi buah tomato segar untuk dipasarkan melalui outlet-outlet pemasaran FAMA seperti Agrobazaar Rakyat, Pasar-pasar Tani, dan outlet pemasran rakan-rakan strategik FAMA yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas memantau dan menjalankan langkah intervensi di Pusat Operasi FAMA Sabah yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin.

Sarman berkata, jumlah khidmat pemasaran buah tomato itu adalah melibatkan peserta ladang kontrak FAMA seramai tiga orang dan jumlah buah terlibat adalah sebanyak lima tan.

Katanya, sebahagian bekalan akan disimpan di dalam bilik sejuk beku untuk dipasarkan kepada kilang memproses pes tomato.

“Dengan tindakan intervensi FAMA Negeri Sabah ini, diharapkan agar lebihan bekalan dapat dikawal.

“Secara tidak langsung dapat membantu petani khususnya peserta ladang kontrak yang berdaftar dengan FAMA Negeri Sabah memasarkan produk yang dikeluarkan dan dapat menstabilkan harga tomato segar dipasaran,” katanya.

Beliau turut menyarankan para petani mendaftar menjadi ahli ladang kontrak FAMA dan berharap para petani sentiasa bekerjasama dengan FAMA dari segi data-data pengeluaran hasil pertanian mereka agar FAMA boleh memantau dan boleh bersedia untuk membuat tindakan awal terutamanya isu lambakan atau lebihan bekalan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular