HomeSukanSabah FC gagal melepasi 'sekatan' The Cops

Sabah FC gagal melepasi ‘sekatan’ The Cops

Read Time:57 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Petaling Jaya : Sabah FC gagal melepasi ‘sekatan’ PDRM FC apabila tewas tipis 0-1 pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini sebentar tadi.

Sebaik babak pertama bermula, kedua-dua pasukan mula mencari rentak permainan bagi mendapatkan gol awal.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu hampir memperoleh gol pertama menerusi tandukan ketua pasukan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-11 namun percubaannya terus ke dakapan penjaga gol tuan rumah.

Skuad The Cops berjaya mencipta jaringan pertama yang hadir pada minit ke-26 menerusi sepakan Nabil Ahmad Latpi selepas menerima bola hantaran Uche Agba menjadikan kedudukan berubah 1-0.

Bersambung babak kedua, Sabah FC hampir menyamakan kedudukan menerusi percubaan Daniel Ting pada minit ke-49 namun sepakannya tinggi melewati palang tuan rumah.

Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan dan Sabah FC masih gagal membawa pulang tiga mata selepas mencatat kekalahan kepada Kedah Darul Aman FC 2-1 di Stadium Darul Makmur Jumaat lalu.

Sabah FC kini masih berada ditangga kelima dengan 24 mata dan  akan bertemu Kelantan United digelanggang lawan pada 26 Jun ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular