HomeUtamaTunai haji bersama keluarga peluang terindah - Nadia

Tunai haji bersama keluarga peluang terindah – Nadia

Read Time:1 Minute, 46 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : “Perkara pertama terlintas difikiran saya selepas menerima tawaran haji adalah memori ketika mengerjakan umrah bersama keluarga sebelum ini,” kata Nadia Umairah Amnar,18.

Nadia merupakan antara bakal jemaah haji yang termuda bagi penerbangan terakhir dari Sabah bagi KT101S yang berlepas ke Kuala Lumpur jam 10.35 pagi tadi sebelum meneruskan penerbangan ke Jeddah pada jam 4.15 petang ini.

Lebih menggembirakan apabila anak kedua dari dua beradik itu turut menunaikan ibadah haji bersama kedua ibu bapanya dan abang sulungnya.

Nadia Umairah Amnar PIX MAHA

“Pada mulanya saya rasa gembira tapi dalam masa sama saya juga rasa takut kerana umur masih muda kerana belum rasa diri cukup untuk pergi haji.

“Tapi saya tetap bersyukur kerana peluang untuk pergi haji ini bukan selalu, lebih-lebih lagi bila peluang itu datang bersama keluarga.  Syukur Alhamdulilah,” katanya.

Nadia ditemui Sabah Media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sebelum berlepas ke Kuala Lumpur di sini pagi tadi.

Bakal jemaah haji Sabah bagi penerbangan terakhir mengamin doa sebelum berlepas PIX MAHA

Beliau turut ditemani ibunya Noor Aspah Lela Abu Bakar,56 dan bapanya Amnar Laburah,53 serta abang sulung Nur Aizuddin Akmal Amnar,26.

Dalam pada itu, Nadia berkata, mereka sekeluarga menerima tawaran atau panggilan haji pada Mei lalu sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan.

“Beberapa bulan selepas saya lahir, ibu mendaftarkan nama saya dan ahli keluarga lain untuk menunaikan haji dan alhamdulilah pada umur saya 18 tahun ini, kami sekeluarga dapat pergi bersama.

Nadia Umairah Amnar (tiga kanan) bersama ibu dan ayahnya berbaris menunggu giliran bagi memasuki pesawat – PIX MAHA

“Sepatutnya kami sekeluarga pergi tahun lalu tetapi nama kami tidak disenaraikan tahun pada tahun ini juga tidak ada namun apabila dibuka rayuan, barulah kami disenaraikan,” katanya.

Sementara itu, ibunya Noor Aspah Lela mengakui telah merancang untuk menunaikan haji sekeluarga bersama anak-anaknya.

“Hasrat itu memang dari mula mahu satu keluarga pergi, biar awal-awal sudah dapat pendedahan untuk mereka mengenali tempat suci,” katanya.

Terdahulu, pada penerbangan terakhir itu, seramai 142 jemaah dari Sabah berlepas ke tanah suci pagi tadi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Rumah atas air roboh, 9 mangsa berjaya diselamatkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular