HomeUtamaBidang pengajian tahfiz di negeri ini sentiasa diambil perhatian

Bidang pengajian tahfiz di negeri ini sentiasa diambil perhatian

Read Time:1 Minute, 8 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tawau : Kerajaan akan sentiasa berusaha dan memandang berat isu-isu yang melibatkan bidang tahfiz khususnya di negeri ini sama ada melibatkan institusi swasta mahupun Kerajaan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, Sabah pada ketika ini mempunyai hampir atau lebih 50 madrasah tahfiz swasta yang berdaftar di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) selain Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah ( ITQAS ).

“Di peringkat negeri saya di fahamkan ITQAS di bawah kendalian JHEAINS adalah satu-satunya institusi Tahfiz yang menawarkan program peringkat Diploma dengan kerjasama pihak Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Kewujudan Madrasah Tahfiz Swasta ini akan menjadi salah satu pemangkin kepada ITQAS untuk lebih berkembang maju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam dan Perasmian Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Negeri Peringkat Kebangsaan Kali Ke – 41 di sini malam tadi.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, meskipun ITQAS sudah 27 tahun beroperasi namun ianya masih terbelenggu dengan beberapa masalah.

Katanya, usia bukan ukuran untuk menafikan tiada masalah dalam menerajui dan memfungsikan institusi ini.

“Apa yang penting adalah usaha kita. Kita masih  berusaha untuk menyelesaikan beberapa masalah ITQAS termasuklah masalah bangunan tetap untuk menampung pelajar tahfiz dan juga perjawatan yang ada di ITQAS.

“Insyaa Allah dalam masa terdekat isu ini akan diselesaikan secara berperingkat,”katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Subsidi yuran kemasukan pelajar ke Universiti Awam tidak adil – Masiung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular