HomeUtamaPelan Anti Rasuah LKTNS kenal pasti 40 risiko rasuah

Pelan Anti Rasuah LKTNS kenal pasti 40 risiko rasuah

Read Time:1 Minute, 58 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Sebanyak 40 risiko rasuah dikenalpasti dan 63 inisiatif yang perlu diambil tindakan dalam lima bidang keutamaan menerusi Pelan Antirasuah (OACP) Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) 2023-2027.

Pengurus Besar LKTNS Syaheddrul R Joddari berkata, lima bidang itu termasuklah pentadbiran dan sumber manusia; perolehan; kewangan;  tadbir urus dan operasi.

Katanya, pelan dengan visi dan misi itu perlu dilaksanakan dalam tempoh lima tahun bagi mencapai matlamat OACP LKTNS.

“Komitmen dan kesungguhan kakitangan LKTNS memainkan peranan penting bagi memastikan matlamat ini dapat dicapai.

“LKTNS akan sentiasa peka dengan keperluan semasa bagi memastikan pelan ini sentiasa kekal relevan. Pelan ini juga akan menjadi panduan dan rujukan dalam usaha memantapkan tadbir urus, integriti dan antirasuah di LKTNS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran buku OACP dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) 2.0 LKTNS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi LKTNS Datuk Abd Ghani Mohamed Yassin; Timbalan Pengarah (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Alexander S. Kunghi dan Penasihat Integriti Jabatan Ketua Menteri Mohd Fuad Bee Basrah.

Syaheddrul berkata, semua kakitangan LKTNS akan turut melafaz IBR 2.0 dimana ia bukan kali pertama dilaksanakan.

Katanya, LKTNS sebelum ini telah melaksanakan IBR pada 2017 melibatkan kakitangan agensi itu selain turut dilaksanakan untuk Kontraktor yang berdaftar di LKTNS pada 2019.

“IBR merupakan penzahiran komitmen kepimpinan sesebuah organisasi. Perkara ini amat penting bagi menunjukkan pendirian pengurusan tertinggi organisasi berkaitan integriti, tadbir urus baik dan pencegahan rasuah.,” katanya.

Syaheddrul R Joddari mengetuai lafar ikrar bebas rasuah

Sementara itu, Syaheddrul berkata, isu rasuah perlu diberi penekanan oleh semua pihak terutama barisan hadapan kerana setiap pekerjaan yang dilakukan mesti ada ruang dan peluang untuk berlakunya rasuah dan salahguna kuasa.

Katanya, penguatkuasaan sahaja tidak cukup dan setiap kakitangan perlu melaksanakan kerja dengan ikhlas dan memegang amanah yang dipertanggungjawabkan.

“Kerjasama semua pihak khususnya di peringkat kepimpinan tertinggi memainkan peranan yang penting bagi memastikan amalan terkutuk itu dapat dihapuskan. 

“Kita boleh sediakan pelan (Antirasuah) tetapi semuanya bergantung kepada ‘self compliance’ dan semua pihak perlu bekerjasama dengan mengelak amalan yang tidak baik ini.

“Dan setiap daripada bidang perkhidmatan dalam kerja ini mempunyai cabaran yang tersendiri dalam memartabatkan dan menghayati integriti. Namun, walau badai menimpa, dilambung ombak yang tinggi sekalipun, kita perlu memastikan integriti tetap dipegang dan disemat dalam setiap daripada diri kita,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Warga emas wanita rentung dalam kebakaran rumah di Kg Muhibbah, Ranau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular