HomePolitikLebih 800 ahli Parti Warisan sertai Gagasan Rakyat Sulaman

Lebih 800 ahli Parti Warisan sertai Gagasan Rakyat Sulaman

Read Time:1 Minute, 10 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tuaran : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bahagian Sulaman terus diperkuat dengan penyertaan lebih 800 ahli Parti Warisan (Warisan) yang mengisytiharkan keluar parti itu dan menyertai Gagasan Rakyat.

Mereka diketuai Timbalan Ketua Wira Warisan Bahagian Tuaran Abdul Salim yang menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Presiden Gagasan Rakyat di bilik mesyuarat parti itu di sini.

Hajiji yang juga Ketua Bahagian Sulaman turut mengalu-alukan menyertaan mereka dalan Gagasan Rakyat  sekaligus akan menubuhkan sebanyak 16 cawangan baru Gagasan Rakyat. 

“Dengan kemasukan mantan ahli-ahli Warisan ke dalam Gagasan Rakyat, maka ini akan menambah kekuatan parti khususnya di bahagian Sulaman.

“Tiada masalah untuk mereka mahu menubuhkan cawangan -cawangan Gagasan Rakyat yang baru, yang penting ialah kerjasama dan kejujuran bersama-sama berjuang untuk pastikan parti tambah kuat.

“Saya berharap mereka bersama pemimpin dan ahli-ahli Gagasan Rakyat yang lain bekerja keras memastikan kemenangan lebih besar di kawasan Sulaman pada Pilihan Raya Negeri akan datang”, katanya.

Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, dengan keadaan politik negeri yang berubah, rakyat negeri ini cenderung memilih parti tempatan sebagai platform perjuangan mereka.

Namun katanya, ia tidak bermakna bahawa parti tempatan tidak dapat bekerjasama dengan parti nasional, sebaliknya kerjasama kedua-dua pihak juga amat penting.

Sementara itu, Hajiji mempengerusikan Mesyuarat Bil.2 Ahli Jawatankuasa Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sulaman. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Kemelut MPN Sabah Akan Diputuskan Dalam Jangka Masa Terdekat – Anwar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya