HomeUtamaJelajah Belia Sarawak beri peluang belia berinteraksi bersama pemimpin

Jelajah Belia Sarawak beri peluang belia berinteraksi bersama pemimpin

Read Time:1 Minute, 21 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Program Jelajah Belia Sarawak 2023@Sabah memberi peluang kepada golongan belia berinteraksi terus dengan pemimpin.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, program tersebut  merupakan platform terbaik dalam menghimpunkan para belia Sarawak yang sedang melanjutkan pelajaran dan bekerja.

Katanya, ini termasuklah mereka yang menetap di negeri ini bagi mendengar aspirasi dan point of view mereka.

“Program ini bukanlah sebuah program politik, melainkan untuk membentuk kepimpinan dalam kalangan belia dan mendengar sendiri aspirasi serta realiti belia-belia di seluruh Sarawak, dan juga di Sabah.

“Setiap belia mempunyai kekuatan dan potensi tersendiri yang boleh dibangunkan melalui pelbagai ruang agar menjadi individu yang berkualiti dan mampu menyumbang kepada masyarakat.

“Golongan ini juga menjadi aset penting kepada pembangunan dan menjadi tanggungjawab kita sebagai pemimpin sedia ada untuk membimbing mereka menjadi barisan pelapis baharu bagi meneruskan kecemerlangan yang kita bina pada hari ini,” katanya semasa Majlis Perasmian Program Jelajah Belia Sarawak 2023@Sabah di sini. 

Beliau turut memaklumkan akan menghantar rombongan termasuk para pemimpin belia ke negara yang mempunyai program pengurusan belia yang mapan.

“Kita telah mengenal pasti negara Korea dan akan mengadakan perjumpaan bersama agensi ataupun kementerian yang terlibat dalam pengurusan golongan muda.

“Setiap perkara yang dilakukan warga Korea, selalu dilaksanakan dengan kecemerlangan seperti bidang hiburan, drama musikal dan industri automobil.

“Jadi kita akan melihat apakah formula engagement bersama belia yang digunapakai,  yang menjadikan mereka sangat cemerlang,” katanya.

Sementara itu, dalam sidang media Abdul Karim menyatakan pihaknya mempertimbangkan pelaksanaan simposium belia yang lebih besar melibatkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular