HomeIsu tempatanPasukan SAR giat kesan dua mangsa hilang semasa memburu

Pasukan SAR giat kesan dua mangsa hilang semasa memburu

Read Time:1 Minute, 13 Second

TAWAU: Dua orang mangsa lelaki termasuk seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dikhuatiri hilang di hutan ketika menjalankan aktiviti memburu sejak 24 Jun lalu di kawasan hutan berhampiran Ladang Usahawan Borneo Brumas dekat sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 29 Jun, jam 8.58 pagi , operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua mangsa hilang tersebut dilancarkan.

Pasukan SAR terdiri daripada pasukan Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, polis, Team Komunikasi (SAPURA) dan orang awam.

Menurut PGO JBPM Sabah, kawalan BBP Tawau menerima laporan daripada pihak polis terdapat dua orang mangsa dikhuatiri hilang di hutan ketika menjalankan aktiviti memburu sejak 24 Jun 2023 di Kawasan hutan berhampiran Ladang OP 6 Usahawan Borneo Brumas, Tawau .

Katanya, mangsa keluar memburu secara berkumpulan terdiri daripada lapan orang kesemuanya dan telah berpecah kepada beberapa kumpulan ketika di dalam hutan.

“Usaha mencari mangsa telah dilakukan oleh rakan-rakannya namun kedua-dua mangsa hilang masih belum dijumpai.

“Pasukan Bomba berada di lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat seterusnya menjalankan operasi mencari dan menyelamat SAR,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyatan itu, hari ini masuk hari ke-4 operasi SAR dijalankan, pasukan Bomba bergerak ke Ladang Usahawan Borneo Burmas,Tawau (lokasi SAR Mangsa dikhuairi hilang) pada jam 6:17 pagi.

Bagaimanapun mangsa dikenali sebagai Iwan Musakir, 33, dan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun bernama Al Fajri Anto masih belum ditemui. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PKK Biz @ Akademia catat lebih RM20,000 nilai jualan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular