HomeUtamaMyLesen B2 bakal beri manfaat kepada 500 golongan B40 di Sabah

MyLesen B2 bakal beri manfaat kepada 500 golongan B40 di Sabah

Read Time:2 Minute, 33 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Seramai 500 orang terdiri daripada golongan B40 di negeri ini bakal menerima manfaat menerusi pelaksanaan Progtam MyLesen B2 di Sabah pada tahun ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah, Mohd Harris Ali berkata, inisiatif itu adalah bagi membantu golongan B40 mendapatkan lesen secara percuma seterusnya dapat meningkatkan sosio-ekonomi golongan berkenaan.

“Di bawah pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri pada awal tahun, beliau telah membentangkan inisiatif MyLesen terbaru iaitu untuk kelas lesen B2 motorsikal. 

“Inisiatif ini adalah untuk membantu golongan B40 mendapatkan lesen motorsikal sekali gus membantu meningkatkan sosioekonomi bagi tujuan kerja. 

“Jadi, di Sabah kita diberikan kuota sebanyak 500 calon di bawah program myLESEN di negeri ini yang perlu dilaksanakan di bawah Bajet 2023,” katanya. 

Harris berkata, pihaknya kini dalam proses mengenal pasti calon yang layak berdasarkan syarat yang dipersetujui oleh Ketua Menteri Sabah dan tumpuan lokasi juga akan difokuskan kepada daerah-daerah yang mempunyai jumlah penerima bantuan e-kasih paling ramai.

“Kita telah berbincang dan membentangkan kepada YAB Ketua Menteri, setakat ini ada dua penumpuan kawasan yang akan dilaksanakan dan akan diumum oleh beliau sendiri dalam sedikit masa lagi kerana pemilihan calon adalah mengikut senarai e-kasih.

“Kalau ada baki, kita akan dapatkan pula senarai calon daripada ketua-ketua masyarakat dan akan kita lihat kelayakan calon dari segi pendapatan, belum pernah ada lesen dan syarat-syarat lain.

“Tumpuan akan diberi kepada daerah-daerah yang mempunyai jumlah penerima bantuan e-kasih yang besar,” katanya. 

Harris ditemui media ketika mengadakan kunjungan kepada Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Digital di sini semalam. 

Menurutnya, kunjungan tersebut bertujuan untuk mengukuhkan lagi kerjasama strategik dalam aspek penyebaran maklumat mengenai inisiatif serta aktiviti-aktiviti badan penguatkuasaan peraturan lalulintas jalan itu kepada masyarakat menerusi semua platform komunikasi dan digital, selain mengadakan program-program secara kolaboratif demi memastikan kualiti perkhidmatan penyampaian kerajaan kepada masyarakat di tahap yang terbaik.

“Kunjungan ini untuk kita tingkatkan kerjasama strategik dengan Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah sebagai strategic partner yang sangat penting untuk JPJ. 

“Salah satunya, untuk kita mewar-warkan inisiatif terbaharu yang kita laksanakan iaitu Aplikasi MyJPJ dan pada masa yg sama kita mohon kerjasama agar  inisiatif atau program penguatkuasaan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh JPJ Sabah diberi ruang di media massa khususnya media yang berdaftar dengan Jabatan Penerangan Sabah,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Azman Sipan, Ketua Bahagian Penguatkuasa, Romie Matalip, Ketua Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat, Azman Poji serta para pegawai kanan kedua-dua jabatan.

Untuk rekod, kekuatan JPJ Sabah merupakan antara yang terbesar di Malaysia dengan jumlah pengisian perjawatan keanggotaan seramai 688 orang dengan 26 buah pejabat yang terdiri daripada 16 pejabat cawangan, enam stesen penguatkuasaan serta tiga pejabat UTC di seluruh Sabah termasuk pejabat JPJ Negeri Sabah.

Dalam perkembangan berkaitan, Harris memaklumkan, JPJ Sabah buat julung kalinya akan melaksanakan sinergi dengan JaPen Sabah dalam Program Taklimat Aplikasi MyJPJ Bersama Pegawai-Pegawai Penerangan Daerah, Selasa depan.

RELATED ARTICLES
Utama

Draf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular