HomeIsu tempatanDua lelaki ditahan bersama lebih 2kg syabu di Semporna

Dua lelaki ditahan bersama lebih 2kg syabu di Semporna

Read Time:1 Minute, 46 Second

SEMPORNA: Polis berjaya menahan dua suspek lelaki bersama lebih 2 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM72,000 dalam satu serbuan di kawasan Dataran Lepa dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, bertindak atas maklumat pengedaran dadah, pada Isnin (3 Julai) jam lebih kurang 7.30 malam, sepasukan anggota dari Balai Polis Semporna telah buat pemantauan di kawasan Dataran Lepa Semporna.

Katanya, setelah melakukan pemantauan di kawasan tersebut telah kelihatan sebuah kenderaan jenis proton saga blm berwarna putih yang di naiki dua lelaki yang mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan, anggota serbuan telah berjaya menahan dua suspek lelaki iaitu seorang suspek warganegara tempatan dan seorang suspek warganegara asing berumur lingkungan 36 hingga 53 tahun.

“Setelah pemeriksaan dilakukan terhadap dua suspek tersebut telah
menjumpai satu beg berwarna biru dan di dalamnya menjumpai satu kotak berwarna coklat yang mengandungi dua plastik berwarna putih, hijau, merah bertulisan cina.

“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam dua plastik berwarna putih, hijau, merah bertulisan cina telah menjumpai paket lutsinar berisi bahan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Farhan, anggaran berat kasar dadah disyaki dadah syabu yang dirampas adalah lebih kurang 2027.31 gram yang bernilai RM 72,000.

Barang rampasan termasuk sebuah kenderaan. – Foto ihsan PDRM Semporna

“Turut di rampas adalah sebuah kenderaan jenis proton saga blm berwarna putih berserta satu unit kunci kenderaan proton saga blm dan dua unit telefon pintar bagi membantu siasatan,” katanya.

Mohd Farhan berkata, Kedua-dua suspek di tahan reman selama tujuh hari mulai 4 Julai hingga 10 Julai 2023.

“Kes disiasat mengikut seksyen 39b akta dadah berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup,” katanya.

Mohd Farhan bagi pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat berkenaan pengedaran dadah di daerah Semporna.

Katanya, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kegiatan pengedaran dadah diminta untuk menyalurkan maklumat di talian 089-782020.

“Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan ini yang boleh menjejaskan kesejahteraan rakyat dan merupakan musuh utama serta merugikan negara,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PKK Biz @ Akademia catat lebih RM20,000 nilai jualan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular