HomeUtamaLebih 50 bahan pameran berkaitan STI dari China akan dibawa ke Sabah

Lebih 50 bahan pameran berkaitan STI dari China akan dibawa ke Sabah

Read Time:1 Minute, 38 Second

China : Delegasi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah diketuai menterinya Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif mengadakan lawatan rasmi ke China bagi mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara khususnya Sabah dan China dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).

Lawatan kerja itu adalah susulan dari kunjungan Konsulat China di Kota Kinabalu Dr Huang Shifang pada Februari lalu dimana China bercadang untuk membawa pameran berkaitan STI ke Sabah.

Arifin berkata, berikutan itu pihaknya bersetuju untuk mengadakan lawatan kerja ke China bagi melihat perkara-perkara berkaitan berhubung STI di negara berkenaan.

“Kita telah mengadakan lawatan kerja ke China khususnya di Guangzi Science and Technology Museum bagi melihat sendiri bahan-bahan pameran yang sudah dipilih untuk dibawa ke Sabah,” katanya ketika dihubungi Sabah Media.

Arifin berkata, sebanyak lebih 50 jenis bahan pameran berkaitan STI akan dibawa untuk tujuan berkenaan.

“Ini adalah antara salah satu inisiatif pihak kementerian bagi memupuk minat anak Sabah terhadap ilmu Sains dan Teknologi sebagai salah satu teras dalam agenda Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Pameran ini dijangka akan dilaksanakan di Kota Kinabalu dan beberapa daerah di Sabah yang akan diselaras oleh KSTI dan Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) selain meningkatkan hubungan pendidikan dan keilmuan antara pelbagai pihak,” katanya.

Beliau turut berharap menerusi usaha ini akan dapat menyemai minat dan mendekatkan masyatakat khasnya pelajar terhadap bidang sains dan teknologi.

Tambahnya ini juga antara usaha pihaknya bagi meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang kini masih belum mencapai 30 peratus.

Februari lalu, Setiausaha Tetap KSTI Datuk Zainuddin Aman berkata, salah satu daripada bahan pameran yang akan dipamerkan adalah kubah planetarium berkeluasan sehingga 10,000 kaki per segi dan setinggi enam meter.

Katanya, bahan pameran itu akan ditempatkan ruangan terbuka PNS bagi tujuan pendedahan kepada ilmu astronomi.

“Salah satu daripada item tersebut adalah dome planetarium untuk melihat angkasaraya lebih kurang berketinggian sekitar enam meter. Jadi kita memerlukan satu kawasan yang agak luas dalam sembilan hingga sepuluh ribu kaki per segi, ” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan rancang tubuh Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal, Vokasional

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular