HomeIsu tempatanSentiasa berwaspada ketika lakukan aktiviti di kawasan berisiko - Jahid

Sentiasa berwaspada ketika lakukan aktiviti di kawasan berisiko – Jahid

Read Time:1 Minute, 26 Second

Tamparuli : Orang ramai yang berhasrat untuk melakukan aktiviti riadah atau sebarang aktiviti di kawasan berisiko tinggi khususnya berhampiran sungai adalah diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan waspada dengan cuaca tidak menentu pada masa ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, orang ramai juga perlu sentiasa peka pada keselamatan khususnya dikawasan berarus deras.

“Saya sempat melawat pos kawalan operasi pencarian seorang remaja 13 tahun yang dikhuatiri lemas di jambatan gantung Lakang, Kampung Damat pada hari ini (semalam) dan menerima taklimat dari Ketua Polis Daerah berhubung pencarian mangsa.

“Justeru saya menyeru kepada semua masyarakat agar sentiasa menjaga keselamatan diri, peka dengan perubahan cuaca dan paras air, terutama mereka yang tinggal di kawasan sungai berisiko tinggi dilanda arus deras,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke Pos Kawalan Operasi pencarian mangsa lemas di Kampung Lakang Tamparuli di sini semalam.

Dalam lawatan tersebut, Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, menerima taklimat mengenai operasi pencarian mangsa oleh Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superitenden Noraidin Ag. Maidin.

Mangsa, Mohd Hisham Iskandar Azli, 13 tahun, sebelum itu dilaporkan berada di atas jambatan bersama lima orang rakannya sebelum tergelincir ke sungai, dan sehingga kini mangsa masih belum ditemui.

Menurut Jahid, adalah menjadi tanggungjawab masyarakat untuk mempastikan anak-anak tidak bermain air, atau mandi di sungai terutama pada musim hujan ini yang boleh mendatangkan bahaya bukan sahaja kerana arusnya yang deras malah paras air juga boleh mendadak naik terutama jika kawasan di hulu mengalami hujan lebat.

Justeru, beliau berharap ahli keluarga mangsa bersabar serta tabah menghadapi situasi tersebut, dan beliau mendoakan agar mangsa ditemui dengan selamat.

“Mohon orang ramai juga agar sentiasa memberi kerjasama kepada pihak berkuasa yang menjalankan kerja-kerja operasi pencarian,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PSI Universiti Oxford, UMS catat sejarah jalin kerjasama dalam penyelidikan pandemik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular