HomeUtamaLKTNS laksana pelbagai program, bantu tingkat ekonomi para peneroka

LKTNS laksana pelbagai program, bantu tingkat ekonomi para peneroka

Read Time:1 Minute, 52 Second

Sandakan : Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) telah membelanjakan sebanyak RM18.6 juta bagi melaksanakan pelbagai program dan menaik taraf infrastuktur pembangunan kepada peneroka di tiga buah ladang bagi tempoh empat tahun sejak 2020.

Pengurus Besar LKTNS Syaheddrul R Joddari berkata, jumlah perbelanjaan itu merangkumi pakej ransangan ekonomi, naik taraf jalan ladang sedia ada, program pembekalan baja, pusat pengumpulan produk, pembinaan dan baik pulih rumah pekerja.

Katanya, program yang dilaksanakan itu berjaya memberi manfaat kepada 262 peneroka bagi kawasan seluas 1,183ha melibatkan Ladang Sungai Manila; Ladang Suan Lamba dan Ladang Ulu Dusun.

“Bagi tempoh 2020 sehingga tahun lalu, kita telah melaksanakan sebanyak 33 program baik pulih Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) melibatkan ladang Sungai Manila sebanyak 24 buah dan Ladang Suan Lamba sebanyak sembilan buah.

“Manakala bagi program pembinaan baharu PPRT bagi tempoh berkenaan adalah sebanyak lima buah iaitu di ladang Sungai Manila.  Bagi tahun ini pula, kita telah melaksanakan sebanyak 63 program baik pulih rumah PPRT di dua buah ladang dan 49 buah telah dibina baharu bagi tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas menghadiri Program Hari Muhibbah bersama Peneroka dan Peserta LKTNS 2023 di Sungai Manila di sini baru-baru ini.

Program itu turut dihadiri Pengerusi LKTNS Datuk Abd Ghani Mohamed Yassin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila Mokran Ingkat.

Syaheddrul berkata, berikutan prestasi cemerlang LKTNS dalam melaksanakan PPRT bagi para peneroka dan pesertanya, maka pada tahun ini lebih banyak peruntukkan telah diberikan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah bagi tujuan yang sama.

Katanya, ianya juga bakal melibatkan golongan miskin tegar senarai e-kasih yang bukan terdiri daripada para peneroka dan peserta LKTNS. 

“Selain itu, kita turut memperkenalkan SLDB E-Pay iaitu sebuah sistem pembayaran menggunakan perisian digital sebagai tujuan memudahkan para peneroka, peserta dan pekerja LKTNS untuk berurusan tanpa perlu pergi ke bank-bank dan kedai-kedai yang terletak di Bandar Sandakan.

“Perisian ini juga membolehkan pemindahan wang secara elektronik dan pembelian barang-barang keperluan harian menggunakan talian internet,” katanya.

Sementara itu, Syaheddrul berkata, majlis yang dilaksanakan itu diyakini dapat menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran tentang peranan dan sumbangan peneroka tanah dalam pembangunan ekonomi dan sosial Negeri Sabah.

Katanya, ini dapat membantu masyarakat menyedari pentingnya pelestarian dan pemajuan sektor pertanian dan perladangan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

FCDO  jamin teliti permintaan Sabah tarik semula larangan perjalanan ke Pantai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular