HomeUtamaPertunjukan 'Fly-Past' bakal gegarkan ruang udara Kota Kinabalu

Pertunjukan ‘Fly-Past’ bakal gegarkan ruang udara Kota Kinabalu

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu :  Terbang lintas hormat atau ‘Fly-Past’ bakal menggegarkan ruang udara Kota Kinabalu sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2023. 

Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair berkata, pertunjukan tersebut pertama kali diadakan di negeri ini dan melibatkan aset-aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Setakat ini, aksi terbang lintas hormat merupakan antara tarikan utama sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2023.

“Perbarisan pada sambutan kali ini juga akan disertai lebih banyak pasukan iaitu sebanyak 200 kontinjen yang mengambil bahagian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini hari ini.

Mohd Sofian berkata, pelbagai program dan aktiviti telah disusun sepanjang bulan kemerdekaan yang dimulakan dengan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah pada 1 Ogos ini.

Beliau yang juga Setiausaha Jawatankuasa Induk Urusetia sambutan memaklumkan tujuan kunjungan berkenaan adalah bagi menjemput Tun Juhar hadir ke majlis sambutan di Jalan Tun Fuad Stephens pada 31 Ogos nanti.

Tun Juhar turut menerima kunjungan hormat Ketua Bahagian Parti Maju Sabah (SAPP) Elopura Sandakan, Jimmy Yong dan rombongan.

RELATED ARTICLES
Utama

157 pelajar sekolah menengah terima BMYS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular