HomeIsu tempatanProgram Graduan Shell bantu tingkatkan kebolehpasaran graduan

Program Graduan Shell bantu tingkatkan kebolehpasaran graduan

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu: Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar (PKPKP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Shell Malaysia mengadakan majlis Pengenalan Program Graduan Shell (An Introduction to Shell Graduate Program), di sini, baru-baru ini.

Perekrut Graduan Shell, Syerra Manan berkata, program itu antara lain bertujuan memberi pengenalan dan berkongsi peluang pekerjaan yang ditawarkan.

“Selain itu, para peserta berpeluang untuk membincangkan isu semasa berkaitan industri berkaitan dengan wakil – wakil industri yang hadir.

“Di samping itu, ia juga bagi memberi pendedahan tentang hala tuju dan cabaran kerjaya di Shell sekali gus menyumbang ke arah peningkatan kadar pekerjaan dalam bakal graduan” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena program tersebut yang berlangsung di Auditorium Perpustakaan UMS, di sini.

Sementara itu Pegawai Psikologi PKPKP, Nurul Fatiha Firdaus Roslan memaklumkan seramai 150 pelajar tahun akhir daripada pelbagai bidang ijazah sarjana muda UMS telah menghadiri program tersebut..

“Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program yang julung kalinya diadakan di UMS ini.

“Semoga ia dapat memberi manfaat dari segi peningkatan ilmu mengenai industri dan pengetahuan mengenai peluang pekerjaan jangka masa panjang yang ditawarkan oleh pihak Shell,”  katanya.

Turut hadir Perekrut Shell, Dinesh Jayabalan, dan Penolong Pegawai Tadbir PKPKP UMS, Anita Jamo Rudy. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PKK Biz @ Akademia catat lebih RM20,000 nilai jualan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular