HomeUtamaPengasuh dera kanak-kanak di tadika direman tujuh hari

Pengasuh dera kanak-kanak di tadika direman tujuh hari

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Seorang pengasuh wanita dipercayai mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di sebuah tadika dekat sini, direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman tujuh hari dikeluarkan Majistret Stephani Sherron Abbie terhadap suspek berusia 27 tahun itu bermula 11 hingga 17 Ogos ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan Kalsom Idris berkata, tangkapan terhadap suspek telah dibuat untuk membantu siasatan.

“Bagaimanapun motif kejadian masih belum diketahui dan kes masih dalam siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini pada Khamis.

Menurutnya, setakat ini tiga laporan polis telah diterima iaitu dari ibu mangsa, suspek dan juga pengetua tadika berkenaan.

“Siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a)Akta Kanak-Kanak 2001 dan bapa kanak-kanak juga turut dibuka siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Kalsom turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan lagi video berkaitan kes itu di media sosial.

“Saya nasihatkan orang ramai supaya tidak kongsikan video itu kerana ia boleh menganggu siasatan selain turut menimbulkan kegusaran kepada orang awam,” katanya.

Sebelum ini, pada Selasa (8 Ogos) polis telah mengesan satu rakaman video yang tular menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki yang telah dikasari oleh seorang penjaga di sebuah tadika di Daerah Kota Kinabalu.

Ibu bapa kepada kanak-kanak (mangsa) tersebut telah dimaklumkan oleh anaknya bahawa beliau telah dikasari oleh penjaganya sehingga mendapat kesakitan di beberapa bahagian tubuhnya.

Sejurus kemudian ibu bapa mangsa telah pergi ke tadika tersebut dan telah melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati mangsa telah dikasari oleh salah seorang penjaga di tadika berkenaan lalu membuat laporan polis di Balai Polis Penampang.

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular