HomeEkonomiMcDonald's Malaysia wujudkan Hab Pembekalan Makanan Bersepadu di KKIP

McDonald’s Malaysia wujudkan Hab Pembekalan Makanan Bersepadu di KKIP

Read Time:2 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik rancangan McDonald’s Malaysia mewujudkan Hab Pembekalan Makanan Bersepadu di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan membuka lebih banyak restorannya di Sabah.

Katanya, ia bukan sahaja dapat membantu merancakkan lagi aktiviti ekonomi setempat, malah turut mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan di negeri ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan restoran McDonald’s Pandu-Lalu seterusnya menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara McDonald’s Malaysia dan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) di Jalan Sulaman 2 pada Jumaat.

MoU tersebut adalah untuk membangunkan Hab Pembekalan Makanan Bersepadu yang lengkap untuk syarikat khidmat segera itu di Malaysia Timur.

Selain, menjalinkan kerjasama yang akan menyaksikan pemerolehan empat ekar tanah di kawasan milik KKIP bagi pembinaan hab pembekalan makanan itu.

Hab ini akan melibatkan tiga pembekal utama McDonald’s Malaysia iaitu Bimbo QSR, Tyson Foods dan HAVI Logistics yang akan mendirikan kilang, gudang dan pusat penghantaran.

Menandatangani MOU itu bagi pihak McDonald’s ialah Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Dato’ Azmir Jaafar, KKIP diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Laurence Kimkuan, Bimbo QSR diwakili oleh Naib Presiden Transformasi Global, Natasha Galavotti, Tyson Foods diwakili oleh Naib Presiden, Unit Perniagaan Malaysia, Victor Sim dan HAVI Logistics Malaysia diwakili oleh Timbalan Pengurus Besarnya, Dominic Alexander Lopez.

Sehubungan dengan itu, Hajiji berkata Kerajaan Negeri juga mengalu-alukan usahasama antara syarikat-syarikat franchise dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri bagi menerokai potensi perniagaan yang akan memberi manfaat kepada negeri ini.

Sementara itu, Azmir berkata, hab pembekalan ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, khusus bagi memenuhi keperluan restoran-restoran kami di Sabah dan Sarawak. Ia dibina berkonsepkan ‘Food Town’ dengan syarikat pembekal kami, dan beroperasi secara bersepadu di bawah satu bumbung.

“Selain melancarkan lagi pengurusan bekalan di Malaysia Timur, hab ini mampu mengurangkan kos bekalan, selain menjimatkan masa bekalan diterima dari Semenanjung Malaysia.

“Penyediaan fasiliti yang lengkap di KKIP mampu memantapkan lagi penyampaian para pembekal kami, seiring dengan rancangan pertumbuhan McDonald’s di Malaysia Timur,” katanya.

Disamping itu juga, Azmir turut memaklumkan bahawa McDonald’s Malaysia komited akan terus melabur dengan membuka restoran-restoran baharu di Sabah.

“Rancangan kita pada lima tahun akan datang akan membuka lebih 30 buah cawangan baharu, tambahan itu 16 yang sedia ada, komitmen syarikat ke Sabah amat tinggi, kita juga pastikan setiap satu restoran akan mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 100 orang untuk anak-anak Sabah,” katanya.

Dalam majlis sama, McDonald’s Malaysia turut menyerahkan pembayaran zakat perniagaan sebanyak RM100,000 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) untuk
diagihkan kepada golongan asnaf di Sabah.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE), Phoong Jin Zhe yang juga Pengerusi KKIP, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip.

RELATED ARTICLES
Utama

ESSCOM lancar OGL Khas, lumpuhkan kegiatan JRS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular