HomeSukanKerajaan Negeri setuju luluskan RM50,000 biayai pasukan bola sepak B15,B18

Kerajaan Negeri setuju luluskan RM50,000 biayai pasukan bola sepak B15,B18

Read Time:1 Minute, 50 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah bersetuju untuk meluluskan sebanyak RM50,000 peruntukan khas kepada pasukan bola sepak bawah 15 dan 18 tahun bagi mewakili Sabah ke Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Johor.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, pemberian peruntukan khas itu adalah sebagai tanda semangat kesukanan dalam kalangan rakyat negeri ini selain mahu para atlet dapat beraksi di peringkat lebih tinggi lagi.

Ellron Angin

“Program ini sebenarnya bukanlah dibawah kelolaan pihak kementeran tetapi sebagai orang Sabah dan semangat kesukanan itu sendiri, saya telah membentangkan ke Kabinet bahawa penting untuk kita bantu mereka yang kita yakin satu hari nanti mereka pasti akan melangkah ke peringat lebih tinggi.

“Apabila saya membentangkan, tidak ada satu Menteri yang membantah malah semua menyokong dan sebanyak RM50,000 diluluskan untuk peruntukan khas bagi membantu pasukan bawah 15 dan 18 tahun yang akan beraksi di MSSM minggu depan,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Belia berkata demikian bagi mengulas isu tular dimana seorang guru menzahirkan kekecewaan juara pasukan bola sepak skuad U15 dan U18 Sabah tidak dapat meneruskan misi ke peringkat Kejohanan MSSM di Johor akibat kekangan kewangan.

Hadir sama Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Raisin Saidin dan  Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah Mohd Asneh Mohd Noor.

Ellron berkata, pihaknya juga berharap agar pihak JPNS dapat segera untuk memohon dana secepat yang mungkin untuk disalurkan kepada pasukan-pasukan tersebut.

“Saya berharap agar pasukan yang akan mewakili Sabah ini dapat melakukan yang terbaik dan menjuarai kejohanan berkenaan,” katanya.

Difahamkan kejohanan MSSM tersebut bakal berlangsung pada 25 sehingga 30 Ogos 2023 yang akan diadakan di Johor. 

Sementara itu, Raisin merakamkan penghargaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas pemberian peruntukan khas bagi membiayai perbelanjaan pasukan bola sepak berkenaan.

“Saya amat percaya dan yakin seperti mana Yang Berhormat katakana bahawa anak-anak yang mewakili Sabah ini sebenarnya dalam proses untuk membina keyakinan diri dan juga membina masa depan yang lebih cerah.

“Memang betul mewakili Sabah itu satu penghormatan amat tinggi, peluang keemasan ini tidak boleh kita lepaskan, mereka ini adalah kumpulan pelapis negeri kita,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah hargai keprihatinan Kerajaan Persekutuan bantu tingkat keterjaminan makanan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular