HomeUtamaSabah komited perkasa agenda pendidikan bagi melahirkan modal insan kualiti tinggi

Sabah komited perkasa agenda pendidikan bagi melahirkan modal insan kualiti tinggi

Read Time:1 Minute, 12 Second

Papar :   Kerajaan negeri amat komited ke arah memperkasa agenda pendidikan di Sabah selain telah menubuhkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS).

Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) , Datuk Seri Dr. Ghulam Haidar Khan berkata, penubuhan tabung itu adalah bagi membolehkan anak-anak tempatan mendapat peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Inilah usaha dan pendekatan terbaik kerajaan melahirkan modal insan, selaras Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). Menerusi TPNS ini, di mana KYS menjadi penggerak utamanya, kerajaan akan pastikan kemudahan ini benar-benar sampai kepada kumpulan sasar.

“Justeru itu, anak-anak tempatan Sabah yang berkelayakan tapi kurang berkemampuan, sewajarnya memanfaatkan kemudahan ini, supaya nantinya Sabah dapat memiliki modal insan berkualiti tinggi, demi memacu pembangunan pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi Ke-5 SMK Kinarut Sesi 2022/2023 di sini, semalam.

Ghulan berkata, warga pendidik turut digesa agar menitikberatkan aspek kualiti dalam rangka membangunkan agenda pendidikan kepada anak-anak.

“Seperti yang selalu saya katakan, pendidikan merupakan asas ke arah pembangunan bangsa dan negara.  Justeru, para pegawai pendidikan serta tenaga pendidik memikul tanggungjawab besar dalam memastikan matlamat ini tercapai.

“Kita harus memberi fokus kepada kepentingan kualiti sebagai daya saing dalam menghadapi dunia persaingan global masa kini,” katanya.

Pada majlis tersebut, Ghulam menyampaikan sijil graduasi 55 pelajar Tingkatan 6, di samping beberapa anugerah lain.

Antaranya, Anugerah Pencapaian Pelajar Terbaik STPM 2022/2023 yang Nur Amiezah Amran, 20, yang berjaya mencapai kejayaan dalam STPM dengan CGPA 4.00.

RELATED ARTICLES
Utama

Pelancong China catat ketibaan antarabangsa tertinggi di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular