HomeUtamaLima beradik berpakaian tema patriotik curi tumpuan

Lima beradik berpakaian tema patriotik curi tumpuan

Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu : “Saya berbelanja hampir RM500 untuk menempah pakaian yang bertemakan patriotik untuk anak-anak saya pakai pada sambutan Hari Kebangsaan ini,” kata Azlina Abdul Manaf,43.

Ibu kepada lima orang adik beradik yang berasal dari Kota Belud itu turut rasa berbangga dengan keberanian dan keterujaan anak-anaknya yang berani untuk mengenakan pakaian sedemikian.

Lima adik-beradik itu ialah Putra Mukhlis Shah Roslan,12,Putri Mahfuzah,10,Putri Maisarah,8.Putri Mawaddah,7 dan Putri Maghfirah,4.

“Mereka ini sebenarnya ada 10 orang adik beradik tapi hanya lima saja yang dapat kami bawa untuk menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan ini. 

“Sebelum sambutan hari ini, mereka sudah pun menyaksikan raptai perbarisan beberapa hari lalu dengan mengenakan pakaian sama.

“Kami bermalam di Kota Kinabalu dan tadi pagi seawal jam 5 pagi mereka sudah bersiap dan mahu sekali lagi mengenakan pakaian ini atas dasar semangat patriotik.  Mereka ini sebenarnya mahu melihat aset ketenteraan,” katanya ketika ditemui Sabah Media di sini hari ini.

Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah itu berlangsung di Jalan Tun Fuad  Stephens selepas beberapa tahun tidak dilaksanakan dilokasi berkenaan akibat pandemik COVID-19.

Majlis sambutan turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta barisan Kabinet Kerajaan Negeri Sabah.

Azlina yang juga seorang penjawat awam berkata, keinginan anak-anaknya untuk mengenakan pakaian berkenaan adalah atas permintaan mereka tanpa paksaan.

“Secara peribadi, ini adalah kali pertama mereka menyaksikan sambutan secara lebih dekat dimana beberapa tahun sebelum ini mereka hanya menyaksikan di kaca televisyen.

“Dari segi kos untuk menyediakan pakaian ini adalah dalam anggaran RM500 untuk semua,” katanya.

Terdahulu, orang ramai mula membanjiri lokasi penganjuran seawal jam 4 pagi bagi menyaksikan pelbagai program dan aktiviti yang telah disusun atur sepanjang sambutan itu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular