HomeUtamaKembara Kenali Borneo : Agong beri pandangan aduan rakyat Sabah di peringkat...

Kembara Kenali Borneo : Agong beri pandangan aduan rakyat Sabah di peringkat Persekutuan

Read Time:2 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah akan memberi pandangan berhubung aduan yang diterima daripada rakyat di negeri ini di peringkat Persekutuan.

Baginda bertitah aduan itu termasuklah isu berkaitan jalan raya, bekalan elektrik dan air susulan program Kembara Kenali Borneo di Sabah yang bermula pada 3 September lalu.

“Saya nak bawa ke tengah di sini ialah berkaitan satu tempat begitu cantik yang saya ambil di atas jambatan Sungai Liwagu (Ranau), orang kampung tunjuk saya jambatan pecah dua, saya dimaklumkan sejak 2019 tidak dibaki.

“Saya harap ini kita dapat ketengahkan, saya juga sendiri akan usahakan di peringkat Persekutuan.  Apabila saya balik ke Kuala Lumpur, berjumpa dengan Perdana Menteri, saya akan suarakan mana-mana yang patut saya suarakan,” titah baginda.

Baginda bertitah pada Majlis Santapan Malam Kerajaan Negeri Sabah sempena Kembara Kenali Borneo di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, malam tadi.

Hadir sama menyambut keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah ke majlis itu ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa bertuah dan bersyukur kerana sampai ke negeri ini menerusi program Kembara Kenali Borneo yang bermula di Tawau pada 3 September lalu dan akan tamat di Teluk Melano, Sarawak pada 13 September ini dengan jarak perjalanan sejauh 2,154 kilometer.

Al-Sultan Abdullah bertitah, baginda bersama Raja Permaisuri Agong dan putera serta puteri baginda amat sukacita dan berbesar hati kerana buat julung kali dapat menjelajah serta mengemabra ke setiap pelusuk negeri Sabah dan Sarawak.

Titah baginda, kembara berkenaan dibuat dan dinamakan sebagai Kembara Kenali Borneo kerana teringin melihat seluruh pelusuk Sabah dan Sarawak selepas hanya melawat Kota Kinabalu dan Kuching setiap kali ke kedua-dua negeri sebelum ini.

“Luar dari Kota Kinabalu atau Kuching saya tidak pernah jejak. Jadi saya fikir, umurpun sudah meningkat, saya cuba nak melihat sendiri dengan mata kasar saya bersama keluarga, nak tengok keadaan, nak kenal rakyat Sabah di seluruh pelusuk luar Kota Kinabalu.

“Alhamdulillah, ini sudah saya dapat realisasikan di Sabah mulai 3 September hingga hari ini, saya sudah memandu sendiri kereta sejauh 759 kilometer dan alhamdulillah, pinggang saya masih kuat lagi.

“Saya tak nak komen pasal jalan raya di sini. Esok (hari ini) saya akan habis memandu sehingga 226 kilometer lagi dan ini bermakna berakhirlah sejauh 985 kilometer di bumi Sabah, syukur ke hadrat Allah SWT,” titah baginda. – SABAH MEDIA/ FOTO FB TPM II

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh, suspek berjaya ditahan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular