HomeIsu tempatanUMS komited pastikan MPP terlibat gubal, rangka garis panduan berkaitan hiburan

UMS komited pastikan MPP terlibat gubal, rangka garis panduan berkaitan hiburan

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) komited dalam memastikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) terlibat secara langsung dalam menggubal dan merangka garis panduan berkaitan aktiviti hiburan (konsert).

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin berkata, pihak pengurusan universiti juga menyokong penuh agar garis panduan tersebut digubal dan dirangka oleh Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) masing-masing.

Katanya, ia adalah berdasarkan kesesuaian dan lokaliti IPT serta berpandukan saranan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (JPT, KPT).

“MPP sejak sekian lama memainkan peranan penting dalam menyuarakan pandangan serta isi hati para mahasiswa, justeru itu penglibatan MPP dalam merangka garis panduan ini adalah wajar agar suara dan keperluan setiap mahasiswa diambil kira.

“Hal ini juga sekali gus dapat memastikan agenda pemerkasaan mahasiswa berada di landasan yang tepat selaras dengan hala tuju yang ditetapkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan media oleh JPT berkaitan arahan agar pengurusan IPT memastikan MPP dilibatkan dalam proses perangkaan garis panduan tersebut, kelmarin. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatanSukan

Lebih 200 pelajar, guru meriahkan Hari Sukan Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular