HomePendapatKartel Padi : Kerajaan wajar jalankan siasatan menyeluruh libatkan semua pihak

Kartel Padi : Kerajaan wajar jalankan siasatan menyeluruh libatkan semua pihak

Read Time:4 Minute, 16 Second

Oleh WAN AZRAIN ADNAN

1. Semalam, Menteri Besar Kedah di laporkan mendakwa bahawa kartel padi sudah lama wujud di dalam industri padi negara, yang telah menyebabkan hasil padi dan pendapatan petani tidak meningkat serta terus di himpit kemiskinan. Beliau turut mendakwa bahawa kartel padi ini bertindak secara senyap tanpa di sedari untuk mengawal industri padi, selain meraih keuntungan berganda.

2. Tambahan lagi, Menteri Besar Kedah mendakwa kartel padi juga mendalangi isu kekurangan beras yang di hadapi oleh pengguna ketika ini. Beliau mendakwa bahawa apabila di umumkan harga beras import semakin mahal dan tidak terkawal, kartel beras tempatan akan menukar stok beras tempatan menjadi beras import. Kegiatan ini akan membolehkan kartel tersebut mengaut keuntungan berbanding menjual beras putih tempatan yang di tetapkan harga pada RM 26/ 10 kg.

3.  Ini bukan kali pertama Menteri Besar Kedah menyebut mengenai kartel padi. Pada pertengahan 2022, beliau menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Kedah akan melakukan siasatan terhadap sektor padi negeri Kedah, termasuk mengenal kewujudan kartel yang mengganggu industri padi sehingga menyebabkan hasil padi statik tanpa peningkatan.

4. Namun begitu, sehingga kini tiada maklumat samada siasatan telah di laksanakan oleh Kerajaan Negeri Kedah. Tiada sebarang laporan siasatan di kongsi secara umum yang membuktikan kewujudan kartel di dalam industri padi negara.

Maka, benarkah wujudnya kartel padi? 

Jika wujud, benarkah kartel padi ini sangat berkuasa sehingga dapat mengawal industri padi dan beras negara?

5. Tidak lama dahulu, beberapa pihak berkaitan telah mengeluarkan kenyataan menafikan wujudnya kartel di dalam industri padi negara. Nampaknya Menteri Besar Kedah masih tidak yakin dan berpuas hati dengan penjelasan yang telah di berikan, dan terus mendakwa kewujudan kartel padi.

6. Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), di laporkan telah menafikan kewujudan kartel padi seperti yang di dakwa oleh Menteri Besar Kedah. Beliau menegaskan tiada kartel yang memonopoli input pertanian serta penipuan alat timbangan.

7. Beliau menjelaskan bahawa Bahagian Pembangunan Industri Padi (BPIP) telah mengeluarkan sejumlah 36,492 lesen dan permit seperti Lesen Borong Beras, Lesen Eksport, Lesen Import, Lesen Kilang Padi, Lesen Membeli Padi, Lesen Beras Runcit, dan Kelulusan Khas Menjual Benih Padi bagi Benih Padi Sah (BPS). 

8. Beliau turut menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia telah melantik 12 syarikat untuk menghasilkan 72,000 tan metrik Benih Padi Sah (BPS) setahun. BPS kemudian di jual dengan harga siling yang telah di tetapkan oleh Kerajaan Malaysia, iaitu RM 35/ 20 kg kampit. Harga siling telah di tetapkan untuk menghapuskan manipulasi harga benih yang boleh membebankan petani.

9. Di samping itu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) juga telah menafikan kewujudan kartel padi. Beliau menyatakan bahawa hasil padi yang rendah adalah di sebabkan oleh sistem pengurusan yang kurang efisyen.

10. Dengan jumlah lesen yang begitu pbesar, adakah kartel boleh wujud dan bermaharajalela di dalam industri padi dan beras negara? Ini adalah satu persoalan yang sukar untuk di jawab tanpa data atau maklumat yang lebih menyeluruh. Kenyataan Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras tersebut membayangkan bahawa kartel tidak mungkin wujud dengan sejumlah lesen yang telah di keluarkan.

11. Walau bagaimanapun, kartel boleh wujud dan beroperasi di dalam pelbagai bentuk. Kartel bukan sahaja bermaksud ada sekelompok kecil pihak yang memiliki banyak lesen atau permit berkenaan. Kartel juga bermaksud pihak-pihak yang memiliki lesen berkenaan ‘bekerjasama’ secara diam-diam dan ‘bertindak’ seiring untuk menjaga kepentingan mereka bersama.

12. Malah, Setiausaha Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia juga mendakwa bahawa kartel ‘orang tengah’ mengawal hampir 95% penghasilan padi negara. Menurut beliau, ‘broker/ orang tengah’ mempunyai pengaruh untuk mengawal penghasilan padi kerana petani tidak memiliki kuasa untuk memasarkan hasil mereka, selain di dorong faktor tidak memiliki jentera mencukupi. 

Selain itu, beliau mendakwa ‘orang tengah’ dapat mengawal hasil padi dengan menawarkan pinjaman pemula kepada petani bagi setiap musim tanaman.

13. Seterusnya, beliau mendakwa ‘orang tengah’ tersebut memiliki kuasa mutlak menentukan pengilang yang boleh membeli bekalan padi basah di tuai setiap musim tanaman, bergantung kepada nilai komisen yang di persetujui kedua-dua pihak, berjumlah di antara RM 100 – 200 untuk setiap metrik tan padi basah.

14. Dakwaan-dakwaan yang telah di kemukakan adalah amat serius dan wajar mendapat perhatian segera oleh Kerajaan Malaysia. Ini melibatkan makanan utama rakyat Malaysia, serta agenda keselamatan makanan negara. Kerajaan Malaysia mesti menangani dakwaan tersebut secara telus dan pantas, agar ianya dapat di muktamadkan. Jika tidak, dakwaan tersebut akan terus berlegar-legar di media sosial dan di bincangkan di kedai-kedai kopi di merata tempat.

15. Maka, Kerajaan Malaysia wajar menjalankan siasatan menyeluruh dengan melibatkan semua pihak berkepentingan untuk meneliti rantaian bekalan/ supply chain industri padi, dari penanaman padi hinggalah kepada penjualan beras. 

16. Pada masa yang sama, sudah tiba masanya Kerajaan Malaysia untuk berkongsi maklumat menyeluruh mengenai semua pemilik lesen dan permit di dalam industri padi dan beras negara. Ini akan dapat membantu meleraikan dakwaan mengenai kewujudan kartel. Ketelusan maklumat adalah selaras dengan konsep MALAYSIA MADANI dengan dasar pentadbiran yang lebih manusiawi.

17. Rakyat berhak mendapat kepastian bahawa bekalan makanan utama negara adalah terjamin dan tidak ‘di kawal’ serta ‘di manipulasi’ oleh mana-mana pihak atau kartel yang tidak bertanggungjawab.

18. Menteri Besar Kedah sudah sedia ‘berperang’ untuk memerangi kartel padi di Kedah, sekiranya terbukti kewujudannya. 

19. Adakah Kerajaan Malaysia juga bersedia?

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya