HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan dua bot mengebom ikan

Maritim Malaysia tahan dua bot mengebom ikan

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berjaya menahan dua bot pam di dua lokasi berbeza di sekitar perairan Pulau Mengalum kerana disyaki melakukan aktiviti mengebom ikan pada jam lebih kurang 1 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, kedua-dua bot terbabit telah ditahan oleh bot peronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rutin rondaan di sekitar perairan Pulau Mengalum.

“Semasa rondaan, bot peronda berjaya mengesan sebuah bot pam di kedudukan 16 batu nautika Timur Laut Pulau Mengalum bersama dua orang kru, masing-masing berbangsa Bajau Laut.

“Semasa pemeriksaan, kedua-dua lelaki tersebut gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri, lesen bot, lesen perikanan dan disyaki melakukan aktiviti mengebom ikan berdasarkan kepada hasil tangkapan serta peralatan yang ditemui,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Che Engku Suhaimi berkata, manakala bot kedua bersama tiga orang kru yang berada di kedudukan 18.8 batu nautika Timur Laut Pulau Mengalum juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri, lesen bot, lesen perikanan dan juga disyaki melakukan aktiviti bom ikan berdasarkan bukti yang sama.

“Kedua-dua bot pam dan kesemua lima orang kru bot telah dibawa ke jeti Maritim Negeri Sabah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat. Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya.  –SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Peniaga kecil, sederhana dipelawa sertai EKSES 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular