HomePolitikJentera Wanita GRS digesa terus tingkat perpaduan sedia ada, jangan leka

Jentera Wanita GRS digesa terus tingkat perpaduan sedia ada, jangan leka

Read Time:56 Second

Tuaran : Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) digesa supaya terus meningkatkan perpaduan sedia ada untuk menjadi satu pasukan yang kuat dalam perjuangan parti.

Ketua Wanita GRS Datuk Azizah Mohd Dun berkata, jentera parti khususnya Wanita GRS tidak boleh leka, sebaliknya terus bekerja untuk rakyat.

“Kita kena terus bekerja, perkukuhkan perpaduan, bersatu hati dalam komponen GRS dan elakkan perselisihan faham serta perpecahan dalam kalangan kita.

“Sebab itu, peranan dan tanggungjawab wanita GRS amat penting dan cukup besar sekarang. Jentera parti GRS amat memerlukan wanita untuk menyampaikan mesej dan perjuangan GRS kepada rakyat di peringkat akar umbi di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Wanita GRS di Tuaran di sini semalam.

Azizah berkata, dengan kerjasama erat yang ditunjukkan oleh semua wanita komponen parti GRS diyakini akan terus menjadi satu pasukan yang kuat.

Dalam mesyuarat itu, Azizah memberitahu Wanita GRS telah menetapkan tarikh untuk siri Jelajah Wanita GRS ke zon-zon sehingga hujung tahun. Ini sebagai salah satu usaha mendekati rakyat di peringkat akar umbi.

“Wanita GRS akan menubuhkan jentera GRS di setiap kawasan zon-zon seluruh Sabah dan akan mengadakan kursus-kursus untuk jentera Wanita GRS,” katanya.

RELATED ARTICLES
Politik

Jentera wanita Gagasan Rakyat perlu jadi mata, telinga kerajaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular