HomeUtamaPolis tahan tiga suspek lelaki bersama 50.25kg syabu bernilai RM3 juta

Polis tahan tiga suspek lelaki bersama 50.25kg syabu bernilai RM3 juta

Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Polis Sabah berjaya menahan tiga suspek lelaki tempatan bersama dadah jenis methamphetamine (syabu) seberat 50.25 kilogram bernilai RM3 juta dalam satu serbuan di daerah Kota Kinabalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, pada 7 September 2023 lebih kurang jam 12.40 tengah hari, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah telah menahan sebuah kereta jenis Mazda warna putih di tepi jalan (tempat perhentian bas) pintu masuk balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, yang dinaiki oleh tiga lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

“Salah seorang suspek cuba melarikan diri semasa menyedari kehadiran polis, walau bagaimanapun berjaya ditahan.

“Hasil pemeriksaan lanjut pasukan serbuan terhadap kenderaan yang dinaiki oleh saspek telah menjumpai dan merampas 50 bungkusan berisi dadah disyaki jenis methamphetamine (syabu) dengan berat kasar keseluruhan 50.25 kilogram bernilai lebih kurang RM3 juta (nilai pasaran sabah) disembunyikan di bahagian belakang kerusi penumpang belakang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Jauteh, tangkapan dan rampasan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mati mandatori.

“Saringan awal air kencing saringan awal air kencing dapati salah seorang tangkapan positif dadah jenis ketamin. Manakala semakan rekod salah seorang tangkapan (B3) memiliki rekod lampau Seksyen 15(1) ABD 1952 (tahun 2010).

“Ketiga-tiga suspek berumur antara 27 hingga 38 tahun itu kini ditahan reman sehingga 14 September 2023,” katanya.

Jauteh berkata, siasatan awal siasatan awal mendapati dadah dibawa masuk dari negeri Jiran iaitu sarawak menggunakan jalan darat dan bakal digunakan untuk pasaran negeri Sabah dan pasaran luar negara Indonesia.

Katanya, bekalan dadah dadah yang dirampas ini mampu untuk menampung lebih 200 hingga 300 ribu penagihan (sekali kegunaan),” ujarnya.

Turut dirampas pelbagai matawang berjumlah RM1092.00 dan barang kemas serta jam tangan berjumlah RM 17,067.00.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular