HomeIsu tempatanLaluan berlumpur tidak halang pengayuh jayakan 'Gravel Ride 2023'

Laluan berlumpur tidak halang pengayuh jayakan ‘Gravel Ride 2023’

Read Time:2 Minute, 8 Second

Bongawan : Berkayuh dilaluan berlumpur selain cuaca tidak menentu menjadi antara cabaran sekumpulan pengayuh basikal yang menjayakan program kayuhan gravel sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Kayuhan sejauh 85 kilometer itu dibahagikan kepada dua pusingan kayuhan melibatkan beberapa laluan kampung antara Bongawan ke Kimanis dan Bongawan ke Membakut.

Peserta kayuhan berhenti stesen keretapi kimanis

Bagi laluan antara Bongawan ke Kimanis ia adalah melibatkan kayuhan sejauh 45.29 kilometer dan sejauh 40.31 kilometer pula adalah melibatkan laluan antara Bongawa ke Membakut.

Ketua pelaksana program, Hambran Ismail berkata, inisiatif melaksanakan kayuhan itu adalah sebagai pengisian aktiviti sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang disambut oleh seluruh rakyat Malaysia baru-baru ini.

Peserta berhenti di Kampung Ulu Lumagar

Katanya, kayuhan itu juga adalah untuk menarik lebih ramai peminat cabaran kembara berbasikal untuk mencuba laluan jalan berbatu selain kurang kesesakan kenderaan.

“Kami memilih laluan-laluan ini kerana kami melihat ia sebagai satu yang mencabar berbanding laluan biasa selain memperkenalkan laluan yang mungkin tidak ramai tahu tentang kewujudkan jalan dikawasan pedalaman khususnya perkampungan.

Antara laluan berlumpur yang mencabar

“Selain itu, kami juga mampu memperkenalkan kepada orang ramai dimana laluan ini juga ada terdapat satu tempat rekreasi iaitu air terjun sirung sumandak dan pusat rekreasi Lembah Demako,” katanya kepada Sabah Media di sini.

Bagi kayuhan pusingan pertama sejauh 45.29 kilometer, laluan yang dilalui oleh peserta kayuhan adalah bermula di Pekan Bongawan, Mandahan, Pekan Lama Kimanis, Jalan SLDB Kimanis, Jalan SRK Belatik Gadong, Jalan Kimanis Keningau, Jalan Bukit Manggis, Sumbiling, Ulu Lumagar dan kembali semula ke Pekan Bongawan.

Persinggahan di hadapan urusetia daerah Membakut

Manakala kayuhan bagi pusingan kedua pula turut bermula di Pekan Bongawan seterusnya ke Kampung Bandau, Pekan Lama Membakut, Membakut Jaya, Kampung Lumantak, Kampung Baitam, Kampung Lembah Poring, Kampung Jawa, Kampung Viging, Kampung Ulu Lumagar dan turut berakhir di Pekan Bongawan.

Hambran berkata, keputusan bagi melaksanakan kayuhan sebanyak dua pusingan adalah disebabkan oleh faktor cuaca selain tahap keselamatan penunggang basikal yang perlu diutamakan.

“Bagi pusingan pertama, cuaca pada ketika itu hujan lebat sekali petir dan ia mungkin membahayakan para peserta.  Oleh itu kami mengambil keputusan itu memulakan ianya agak lewat sedikit.

“Apabila semua reda, kami memulakan kayuhan dengan berdepan laluan yang berlumpur dan boleh dikirakan sebagai mencabar kerana kami perlu mengerah tenaga untuk sampai ke destinasi,” katanya.

Antara peserta kayuhan dilaluan berbukit

Terdahulu, program kayuhan anjuran kerjasama antara Gravel Ngayau Bongawan (Komuniti kembara berbasikal) dan Shooting Stars Photography itu telah disertai seramai lapan pengayuh.

“Setelah melalui dua pusingan kayuhan ini, kami berasa berpuas hati dan berharap ia akan dapat dilaksanakan pada masa akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO Gravel Ngayau Bongawan

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

October BIG Day usaha pupuk minat aktiviti memerhati burung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular