HomeUtamaAdakah Industri Padi Masih Berdaya Saing ?

Adakah Industri Padi Masih Berdaya Saing ?

Read Time:5 Minute, 21 Second

Oleh: Wan Azrain Adnan

1.        Beberapa hari lepas, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) di laporkan telah menerima banyak aduan mengenai bekalan beras tempatan yang berkurangan. FOMCA turut menerima aduan mengenai harga runcit beras putih import telah meningkat.

2.        Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA berpandangan bahawa kekurangan bekalan beras tempatan di pasaran berlaku kerana pembelian panik oleh pengguna untuk menyimpan stok beras. Ini telah menyebabkan bekalan beras tempatan cepat habis.

3.        Semalam, ada media melaporkan bahawa tinjauan di beberapa pasaraya telah mendapati tiada langsung beras putih tempatan di jual. Hanya beras import dan pelbagai jenis beras lain yang di jual, pada harga bermula RM 39 hingga RM 63.50 untuk beras 5 kg dan 10 kg.

4.        Pada masa yang sama, Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia di laporkan berkata bahawa ramai peniaga telah terkesan kerana terpaksa membeli beras import yang lebih mahal akibat tiada stok beras tempatan di pasaran. Oleh yang demikian, peniaga terpaksa menjual pada harga yang lebih tinggi untuk merasai keuntungan. Akhirnya, pengguna akan turut terkesan dengan harga makanan yang melonjak.

5.        Selain dari pembelian panik oleh pengguna, kekurangan bekalan beras putih tempatan di pasaran mungkin juga di sebabkan oleh pihak yang tamak, licik dan rakus. Ada pihak yang mendakwa kewujudan kartel yang sangat berkuasa sehinggakan dapat mengawal serta memanipulasi bekalan dan harga di dalam industri padi dan beras negara.

6.        Malah, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di laporkan berkata bahawa pihak KPKM mengesyaki wujud tindakan memanipulasi bekalan beras putih tempatan. Pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut bertindak untuk meraih keuntungan besar dan mudah dengan menukar bungkusan kampit beras tempatan kepada kampit beras import.

7.        Kenapa ini boleh berlaku? Kerana Kerajaan Malaysia melaksanakan polisi yang berbeza untuk beras import dan beras tempatan. Maka wujudlah ‘jurang pasaran’ yang menggalakkan serta mendorong pihak yang berkaitan di dalam eko-sistem industri padi dan beras negara untuk menjual beras import yang dapat memberi keuntungan yang lebih besar.

8.        Ketika ini, harga runcit beras import tidak di kawal oleh Kerajaan Malaysia, dan tiada harga siling yang di tetapkan. Harga beras import di apungkan dan di jual mengikut harga pasaran di Malaysia. Manakala, harga runcit beras putih tempatan di kawal oleh Kerajaan Malaysia, dengan harga siling di tetapkan pada kadar RM 26/ 10 kg atau RM 2.60/ kg. Kawalan harga ini di laksanakan oleh Kerajaan Malaysia agar rakyat mampu membeli beras pada harga mampu-beli.

9.        Pada masa yang sama, untuk melindungi kepentingan petani, Kerajaan Malaysia juga melaksanakan polisi Harga Minimum Terjamin Padi / Guaranteed Minimum Price (GMP). Ini adalah harga minimum yang perlu di bayar oleh pengilang beras apabila membeli padi yang telah di tuai oleh petani. Dengan adanya harga minimum tersebut, maka pengilang beras tidak boleh sewenang-wenangnya menekan harga belian padi dari petani. Ini membolehkan petani mendapat harga yang berpatutan. Sejak 2014, Harga Minimum Terjamin Padi telah di tetapkan oleh Kerajaan Malaysia pada kadar RM 1,200/ metrik tan atau RM 1.20/ kg.

10.      Ada pengilang beras yang menawarkan harga belian padi yang lebih tinggi dari harga minimum untuk memastikan mereka mendapat bekalan padi yang konsisten dan mencukupi dari petani untuk di proses menjadi beras. Tindakan ini di ambil oleh pengilang beras agar kilang mereka dapat beroperasi di tahap optimum. Baru-baru ini, Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) di laporkan berkata bahawa ada pengilang beras yang sanggup membeli padi dari petani dengan harga tinggi sehingga RM 1,750/ metrik tan atau RM 1.75/ kg. Ini adalah amat baik untuk petani kerana beroleh pendapatan yang lebih besar.

Tetapi adakah ini juga baik untuk pengguna? Mungkin tidak.

11.      Secara am-nya, rantaian bekalan padi dan beras tempatan negara melibatkan empat pihak utama iaitu; petani, pengilang beras, pemborong/ pengedar beras dan peruncit. Setiap pihak menanggung kos operasi tersendiri, dan akan cuba untuk mendapat pendapatan atau keuntungan yang setimpal. Namun begitu, ini tidak mudah tercapai oleh semua pihak terlibat.

12.      Sebagai contoh. Pengilang beras membeli padi dari petani pada harga minimum tersebut (RM 1.20/ kg). Seterusnya ini menjadi sebahagian besar dari kos operasi pengilang beras tersebut, bersama dengan kos-kos yang lain. Harga runcit siling untuk beras putih tempatan di tetapkan oleh Kerajaan Malaysia pada kadar RM 2.60/ kg. Ini merupakan harga jualan maksimum kepada pengguna. Peruncit ada pilihan untuk menjual pada apa jua harga, asalkan tidak lebih tinggi dari harga siling yang telah di tetapkan.

Ada peruncit yang akan menjual beras tersebut pada harga yang lebih rendah dari harga siling? Mungkin tidak kerana mahu mendapat keuntungan yang setimpal.

13.      Maka, perbezaan di antara harga minimum padi dan harga runcit siling ialah RM 1.40/ kg (RM 2.60/ kg – RM 1.20/ kg). Oleh yang demikian, tiga pihak terbabit iaitu; pengilang beras, pemborong/ pengedar beras dan peruncit, terpaksa ‘berkongsi’ jumlah RM 1.40/ kg tersebut di antara mereka. Ini bermakna jumlah RM 1.40/ kg tersebut mesti dapat menanggung kesemua kos-kos yang di tanggung oleh pengilang beras, pemborong/ pengedar beras dan peruncit, serta memberi keuntungan yang setimpal kepada setiap pihak berkenaan. Kos-kos berkenaan termasuklah – pemprosesan padi, pembungkusan, pengangkutan, pemasaran.

Sekiranya jumlah RM 1.40/ kg tersebut di bahagi sama rata untuk ketiga-tiga pihak terbabit, setiap pihak akan mendapat RM 0.47/ kg sahaja.

15.      Bayangkan jika pengilang beras membeli padi dari petani dengan harga RM 1.75/ kg. Maka, jumlah yang boleh di kongsi oleh ketiga-tiga pihak terbabit hanyalah RM 0.85/ kg (RM 2.60/ kg – RM 1.75/ kg). Dan setiap pihak akan mendapat RM 0.28/ kg sahaja.

16.      Secara umum-nya, kos operasi perniagaan di Malaysia telah meningkat. Gaji pekerja juga semakin tinggi dengan kadar Gaji Minimum yang telah di naikkan oleh Kerajaan Malaysia. Namun begitu, harga runcit siling untuk beras putih tempatan masih kekal sejak 2014. Kos operasi meningkat tetapi hasil pendapatan tidak boleh meningkat akibat harga siling. Maka keuntungan menurun. Mungkin juga rugi.

17.      Adakah ini satu industri yang masih berdaya-saing?

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi TYT Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular