HomeUtamaTerjemahkan integriti dalam aspek perkhidmatan yang disampaikan - Dr. Joachim

Terjemahkan integriti dalam aspek perkhidmatan yang disampaikan – Dr. Joachim

Read Time:3 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam mahu warga Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menterjemahkan integriti dalam aspek perkhidmatan yang disampaikan.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri KKTP itu berkata, jika setiap daripada mereka mampu melakukan ini, ia akan dapat memberi impak positif kepada masyarakat/komuniti.

“Saya percaya dalam setiap bidang perkhidmatan kita tidak lari daripada cabarannya tersendiri dalam memperjuangkan dan menghayati erti integriti, namun suka saya menasihatkan agar nilai ini dipegang dan disematkan dalam setiap daripada kita.
 
“Pengurusan harian sebagai seorang penjawat awam seharusnya berpaksi kepada integriti pada diri masing-masing memandangkan setiap keputusan yang dibuat serta tindakan yang diambil perlulah secara telus, tanpa konflik, amanah, berakauntabiliti, jujur, elakkan salah guna kuasa dan berpandukan kepada peraturan sedia ada.

“Jadikan kepentingan organisasi sebagai panduan dengan membelakangkan kepentingan sendiri. Kebanyakan kes pecah amanah adalah disebabkan kepentingan peribadi menguasai kepentingan organisasi dan ini menyebabkan seseorang membelakangkan tugas, tanggungjawab dan peranannya sebagai anggota perkhidmatan awam,” katanya ketika merasmikan pelancaran Program Minggu Integriti Kementerian (MIK) Tahun 2023 KKTP, di Dewan Sri Putatan, Putatan pada Selasa (19 Sept).
 
MIK merupakan acara tahunan dan bagi tahun ini, MIK peringkat KKTP diraikan dengan tema “Integriti Teras Budaya Kerja Cemerlang” yang memberi penekanan kepada penerapan sikap kerja berintegriti di kalangan semua anggota kerja.

Sambutan MIK 2023 menunjukkan komitmen KKTP dan PBT dalam membudayakan dan menyemarakkan integriti dalam kalangan warga kerja Kementerian dan PBT.

Dr. Joachim berkata, antara objektif utama MIK 2023 adalah;
a. Memantapkan dan membudayakan integriti dalam kalangan penjawat awam secara menyeluruh, berkesan dan berterusan;

b. Meningkatkan kesedaran serta kefahaman berkaitan isu-isu integriti dalam kalangan penjawat awam negeri;
 
c. Memperkukuh komitmen dan kerjasama sektor awam dalam mempertingkatkan penglibatan masyarakat dalam program-program pengukuhan integriti; dan

d. Menyebar luas mesej-mesej integriti dan kepentingan integriti dalam penyampaian perkhidmatan.

Menurut Dr. Joachim, pelbagai program telah dirancang bersempena dengan MIK 2023, antaranya ceramah daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Pertandingan Modul Pejabat Terbaik melibatkan PBT dan agensi yang mana ianya akan dinilai oleh pihak Bahagian Integrit dan Governans Negeri Sabah, SPRM dan MAMPU, Program Fit Integriti, Program Sukaneka serta Program Integrity Social Reponsibility: Program Hari Bersih Integriti anjuran KKTP dengan penyertaan langsung Majlis Daerah Penampang, Putatan dan Tuaran yang akan dilaksanakan dalam majlis penutupan MIK 2023 yang akan diadakan Sabtu ini. (23 Sept).

Selain itu, katanya, Pertandingan Video Integriti Di Hati telah dilaksanakan di mana sebanyak 12 penyertaan telah diterima oleh urusetia dan telah diadili oleh pengadil.

Beliau juga mengucapkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada Majlis Daerah Putatan, Majlis Daerah Lahad Datu, Majlis Daerah Papar, Majlis Daerah Tambunan, Majlis Daerah Beaufort, Majlis Daerah Semporna, Majlis Daerah Kuala Penyu, Lembaga Bandaran Kudat, Majlis Daerah Telupid, Majlis Daerah Kota Belud, Majlis Daerah Keningau dan Bahagian Sumber Manusia PBT, KKTP atas penyertaan mereka semua.

“Kesemua program yang diatur adalah sebagai usaha untuk menyebarluas pemahaman kepentingan dan kesedaran integriti dikalangan warga Kementerian dan PBT.
 
“Adalah diharap dengan pelaksanaan MIK 2023 ini mampu meningkatkan kefahaman penghayatan dan kesedaran mengenai kepentingan integriti dalam kehidupan dan pekerjaan.

“Disamping itu, ianya dapat meningkatkan pembudayaan integriti melalui pengamalan nilai-nilai murni dalam persekitaran kerja dan komuniti setempat.

“Dengan pelaksanaan MIK 2023 juga ianya mampu meningkatkan penglibatan penjawat awam dengan masyarakat dan menyebar luas mesej pembudayaan integriti yang mana juga merupakan tanggungjawab semua pihak,” katanya, sambil berharap penganjuran ini mampu meningkatkan imej korporat sektor awam sebagai peneraju pembudayaan integriti.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri I dan II KKTP, Datuk Isnin Alisanih dan Datuk Mohd. Hamsan Awang Supain; Setiausaha Politik kepada Dr. Joachim, Jonnybone Kurum; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr. Jamili Nais; Timbalan Setiausaha Tetap II, Faridah Giau; Pengarah-pengarah agensi kementerian, wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Sabah, Alexander S. Kunghi serta kakitangan KKTP.

RELATED ARTICLES
Utama

156 pelajar layak terima WPP, persediaan awal ke IPT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular