HomeUtama14 Program bakal dilaksanakan sempena ulang tahun kelahiran TYT Sabah

14 Program bakal dilaksanakan sempena ulang tahun kelahiran TYT Sabah

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu:  Kerajaan negeri akan melaksanakan sebanyak 14 program bagi menyambut ulang tahun kelahiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, program-program itu akan dilaksanakan di sekitar Kota Kinabalu bermula 6 Oktober depan. 

“Sebanyak 14 program telah kita susun atur bagi menyambut hari ulang tahun kelahiran Tuan Yang Terutama Tun yang akan bermula pada 6 Oktober depan iaitu pada Jumaat dengan majlis doa selamat dan tahlil di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang.

“Pada 7 Oktober pula,  kita akan mengadakan acara perbarisan di Padang Merdeka disusuli istiadat pengurniaan pingat kebesaran dan jamuan negeri pada sebelah malammya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu di sini semalam.

Joachim berkata, selain itu, antara program-program lain termasuklah Sambutan Hari Etnik Sabah, Pameran dan Galeri di Muzium Negeri dan banyak lagi.

Katanya, beberapa program lain akan dimaklumkan dalam masa terdekat manakala Program Jamuan Teh Kanak-Kanak yang akan dibuat di Daerah Sandakan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan berkenaan berharap agar semua program yang diatur berjalan lancar dengan kerjasama yang terbaik daripada jabatan-jabatan serta agensi yang terlibat.

Turut hadir Timbalan Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohamad Hamsan Awang Supian, Setiausaha Tetap KKTP, Datuk Jamili Nais, Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Rosnah Datu Tumai.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular