HomeUtamaJangan buat spekulasi isu beras - David

Jangan buat spekulasi isu beras – David

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU : Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi tentang kekurangan beras tempatan.

Presidennya David Chan berkata, mereka tidak seharusnya mencetuskan amaran palsu yang menyebabkan orang ramai panik dan tergesa-gesa ke pasaraya membeli beras tambahan.

“Pengguna akan berebut-rebut membeli beras untuk menyimpan stok di rumah.

“Ini akan menyebabkan permintaan beras semakin tinggi permintaannya. Persatuan Pengguna Bijak sedar beras penting untuk semua orang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas banyak beras tempatan berkurangan di pasaraya dan kedai runcit.

Sehubungan denga perkara itu, David turut memeriksa harga beras di pasaraya dan kedai runcit sekitar bandaraya Kota Kinabalu hari ini.

David meminta pihak berkuasa untuk memantau isu kekurangan beras di bawah Akta Keselamatan Makanan. Persatuan Pengguna sedar dengan pemanasan global dan perubahan iklim telah menyebabkan hasil tanaman berkurang.

“Oleh itu kami menggesa kerajaan untuk melabur dalam penanaman padi tempatan untuk meningkatkan pengeluaran beras tempatan di Malaysia” ujarnya.

Tambahnya, meskipun kenaikan harga beras hanya melibatkan beras putih import, rata-rata pengguna percaya ini tetap membebankan rakyat.

“Apa sahaja kenaikan harga barang, tetap memberi kesan kepada kenaikan harga barangan lain. Nasi adalah makanan utama kita dan kenaikan harga antara RM1 hingga RM4 agak membebankan rakyat.

“Sudah tentu dengan kenaikan harga beras ini, kos sara hidup keluarga juga meningkat,” jelasnya.

Persatuan Pengguna juga turut mengalu-alukan inisiatif program Jualan Rahmah Beras dengan peruntukan RM150 juta, menunjukkan keazaman kerajaan meringankan bebanan kewangan rakyat pada ketika kenaikan harga beras menjadi isu global.

David menyifatkan inisiatif itu sebagai usaha segera jangka pendek Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), sementara menyelesaikan isu kekurangan beras tempatan.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki dikhuatiri hilang di sungai semasa menjalankan aktiviti menangkap ikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular