HomeUtamaOrang ramai dinasihat lebih cakna dengan fenomena El Nino, musim hujan

Orang ramai dinasihat lebih cakna dengan fenomena El Nino, musim hujan

Read Time:1 Minute, 21 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa cakna berkenaan fenomena El Nino dan Monsun Timur Laut, yang dijangka berlaku serentak pada November ini.

Ketua Penolong Pengarah Pusat Iklim Nasional MetMalaysia Amirul Nizam Marodzi berkata kemuncak El Nino juga, dijangka berlaku semasa permulaan musim hujan yang dijangka pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

“El Nino dijangka mencapai puncaknya pada hujung tahun atau pun awal tahun hadapan, di mana pada waktu tersebut negara berada dalam Monsun Timur Laut bermula November hingga Mac, yang membawa lebih banyak hujan lebat di negeri pantai timur, Sabah dan Sarawak,” katanya semasa hadir dalam rancangan Eksklusif terbitan Nasional FM di sini semalam.

Justeru itu, Amirul Nizam juga mengingatkan orang ramai, untuk lebih peka dengan semua maklumat berkaitan cuaca daripada agensi-agensi berkaitan, terutama MetMalaysia.

Beliau berkata kepekaan orang ramai terhadap keadaan cuaca dan informasi daripada agensi berkaitan amat penting, bagi membolehkan mereka merancang aktiviti harian serta bagi mengelak daripada kejadian tidak diingini.

Sementara itu, beliau turut mengajak orang ramai untuk menyertai Forum Iklim Kebangsaan Monsun Timur Laut dan El Nino 2023/2024 pada 10 Okt ini secara dalam talian, yang memfokuskan kepada penyebaran maklumat mengenai jangkaan musim tengkujuh.

Amirul Nizam berkata webinar itu, bagi memberi persediaan kepada semua pihak menghadapi fenomena Monsun Timur Laut.

Webinar ini merupakan acara tahunan anjuran MetMalaysia, yang akan menampilkan ahli panel daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), yang akan diadakan secara langsung di Facebook Live MetMalaysia, Facebook Live Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Facebook Live Astro Awani, pada 10 Okt bermula jam 10 pagi.- BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri memperuntukan RM50.9 juta subsidi ICPT untuk pengguna elektrik Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular