HomeUtamaKarnival Komuniti Madani J-KOM tingkat kefahaman Malaysia Madani

Karnival Komuniti Madani J-KOM tingkat kefahaman Malaysia Madani

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kudat: Masyarakat setempat khususnya di negeri ini diharapkan dapat memahami aspirasi Malaysia Madani menerusi program dan gerak kerja yang giat dilaksanakan oleh kerajaan. 

Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Zon Sabah, Milus Alu@Abd Wahad berkata, konsep Malaysia Madani ini menjadi tonggak kepada seluruh kementerian dalam merencanakan program dan gerak kerja untuk bagi mencapai aspirasi yang digagaskan sekaligus memberi manfaat kepada rakyat dan negara keseluruhannya. 

 “Oleh itu, Karnival Komuniti Madani  anjuran J-KOM Sabah juga menjadi landasan untuk kerajaan turun padang bertemu komuniti bersama-sama dengan pemimpin masyarakat dalam usaha menyebar luas aspirasi Malaysia Madani agar lebih difahami dan dihayati oleh masyarakat di peringkat akar umbi.  

“Sebagai rakyat di tanah bertuah ini, kita tidak terkecuali untuk bersama-sama memainkan peranan penting dan mengalas tanggungjawab yang besar bersama-sama untuk mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Perasmian Karnival Komuniti MADANI Kudat di Dataran Tomborungus di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Milus berharap jalinan kerjasama yang ada kini antara jabatan mengukuhkan lagi hubungan baik bersama-sama melaksanakan program-program yang membina insan dan jati diri dalam kalangan masyarakat pada masa hadapan.

Lebih 1000 komuniti Kudat direkodkan hadir memeriahkan karnival yang juga disertai lebih 16 agensi dan jabatan kerajaan persekutuan serta negeri turut menawarkan perkhidmatan terus kepada komuniti. 

Antara agensi yang terlibat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).  

RELATED ARTICLES
Utama

MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan hari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular