HomeSukanMASN Sabah tampil kategori baharu, hargai jurulatih sukan Para

MASN Sabah tampil kategori baharu, hargai jurulatih sukan Para

Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu : Anugerah Jurulatih Para atau Sukan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan kategori baharu dalam Majlis Anugerah Sukan Negeri (MASN) Sabah 2021/2022.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata , penambahan kategori baharu itu bertujuan untuk menghargai para jurulatih sukan para yang telah memberikan sumbangan mengharumkan nama negeri ini.

“Kategori anugerah yang dipertandingkan adalah Olahragawan dan Olahragawati Terbaik, Olahragawan dan Olahragawati Para, Olahragawan dan Olahragawati Harapan, Berpasukan Lelaki dan Wanita, Jurulatih Terbaik serta Julatih Para.

“Lima anugerah lain ialah Anugerah Kepimpinan Sukan, Anugerah Khas, Anugerah Wartawan Terbaik, Anugerah Persatuan Sukan Terbaik dan Anugerah Tokoh Sukan, ” katanya ketika ditemui media selepas bersiaran langsung di Konti Sabah FM, di sini semalam.

Ellron berkata, hadiah kemenangan wang tunai pada tahun ini juga telah bertambah menjadi RM 137,000 secara keseluruhannya.

“Pada tahun 2012, hadiah wang kemenangan untuk Kategori Olahragawan dan Olahragawati Terbaik sahaja dinaikkan dari RM3,000 setiap seorang kepada RM5,000 dan jumlah tersebut menjadi RM10,000 pada penganjuran kali ini.

“Hadiah kemenangan untuk Kategori Persatuan Sukan Negeri Terbaik juga telah dinaikkan dari RM10,000 kepada RM20,000.

“Diharapkan ini dapat dijadikan pembakar semangat dan meningkatkan lagi usaha atlet -atlet kita di negeri Sabah untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi lagi,” katanya.

Ellron berkata, pencalonan anugerah diuruskan oleh Majlis Sukan Negeri Sabah dan agak sengit kerana penilaian mengambil kira penganjuran-penganjuran pelbagai acara sukan di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

“Contohnya Olimpik/ Paralimpik TOKYO 2021, Sukan Sea Vietnam 2022, Sukan Para ASEAN 2022 (SOLO) , Sukan Malaysia (SUKMA) dan Sukan Para Malaysia 2022 serta pelbagai kejohanan dunia melibatkan acara sukan silat, karate, bina badan, Muay Thai dan akuatik,” katanya.

Majlis bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-70 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin itu akan berlangsung Selasa depan.

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Jangan ambil mudah, beri tumpuan sepenuhnya – Alto

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular