HomeUtamaUMS pantau perkembangan pelajar susulan isu tangki air tercemar

UMS pantau perkembangan pelajar susulan isu tangki air tercemar

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini mengesahkan klip video berkaitan isu tangki air tercemar berlaku di salah satu kolej kediaman kampus induk di sini.

UMS dalam satu kenyataan memaklumkan, universiti itu melalui Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) telah menjalankan siasatan terhadap kesahihan dakwaan seperti yang dinyatakan dalam video tersebut.

“Pihak UMS mengambil maklum akan sebuah klip video yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini berkaitan pencemaran tangki air di salah satu kolej kediaman pelajar di kampus UMS.

“Hasil siasatan mendapati bahawa kejadian tersebut berlaku terhadap salah satu tangki air di Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) UMS,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan itu bagaimanapun berkata, tangki yang terjejas adalah tangki dari sumber air melalui sistem telaga tiub (tubewell) dan tidak menjejaskan sumber air yang disalurkan dari Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang menjadi sumber utama kegunaan harian para pelajar. 

Ekoran daripada kejadian itu, JPP telah mengarahkan kontraktor penyelenggaraan untuk mengosongkan tangki yang terlibat.

“Pihak JPP juga telah mengarahkan kontraktor penyelenggaraan agar sentiasa memantau setiap fasiliti bangunan di UMS bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan dan kesihatan khususnya kepada warga pelajar UMS,” katanya.

Dalam pada itu, pihak pengurusan UMS akan terus memantau perkembangan para pelajar di KKTPAR bagi memastikan kesihatan para pelajar tidak terjejas dan tidak mengganggu pembelajaran dan kehidupan seharian pelajar sepanjang berada di kolej kediaman.   

Terdahulu, klip video berdurasi 21 saat tular di media sosial yang menunjukkan ulat telah memenuhi tangki penyimpanan air yang didakwa berlaku di kampus induk UMS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan sukarelawan dicadang diwujudkan bantu mangsa banjir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular