HomeUtama12 pekerja sesak nafas, seorang parah, gas ammonia bocor di kilang ais

12 pekerja sesak nafas, seorang parah, gas ammonia bocor di kilang ais

Read Time:1 Minute, 10 Second

SANDAKAN: Seramai 12 pekerja mengalami sesak nafas, sakit mata dan kulit manakala seorang cedera parah akibat kejadian mesin membuat ais telah pecah dan menyebabkan kebocoran gas ammonia di Kilang Ais Sinaran Batu 3 dekat sini pagi tadi.

Salah seorang mangsa kebocoran gas ammonia diselamatkan pasukan Bomba di Kilang Ais Sinaran Batu 3 Sandakan. – Foto ihsan BBP Sandakan

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.02 pagi tadi (10 Nov) melalui talian balai.

“Setibanya pasukan Bomba dari BBP Sandakan melapor terdapat mesin membuat ais telah pecah dan menyebabkan kebocoran gas ammonia di lokasi kejadian.

“Terdapat 13 orang mangsa yang dilaporkan terlibat dan diberi rawatan awal dilokasi kejadian seterusnya di hantar ke hospital menggunakan jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan Ambulan (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan Bomba berpakaian pelindung diri lengkap (PPE CPS) bertindak mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam bangunan seterusnya pasukan Bomba membuat nyahcemar dan sanitasi di seluruh kawasan tersebut.

Katanya, pemantauan turut dijalankan di kawasan bangunan berhampiran dan mengarahkan semua pekerja untuk segera keluar dari ke kawasan yang diisytiharkan selamat.

Sementara itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengarahkan kawasan kejadian dan kawasan berhampiran ditutup dengan radius 100 meter sehingga keadaan selamat.

Setelah memastikan tiada lagi bahaya wujud operasi ditamatkan pada jam 12.06 tengahari. Pemantauan akan dijalankan dari masa ke semasa.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular