Terima rasuah RM8,000, dua pegawai penguat kuasa ditahan SPRM

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:44 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan dua pegawai penguat kuasa kerana disyaki meminta rasuah daripada seorang individu sebanyak kira-kira RM8,000 sebagai balasan meringankan hukuman di atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Sumber memberitahu, kedua-dua suspek lelaki berusia antara 30’an hingga 40’an dipercayai ditahan pada Khamis kira-kira jam 7 malam di pejabat SPRM Sabah ketika diminta hadir memberi keterangan.

“Kedua-dua suspek yang bertugas di sebuah daerah di negeri Sabah dipercayai meminta wang rasuah berjumlah kira-kira RM8,000 pada 4 Oktober lalu yang mana RM2,000 telah diberikan pada 17 Oktober 2023 kepada salah seorang suspek,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, kedua-dua suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan kedua-dua mereka direkodkan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *