HomeUtamaKPT galak penglibatan industri, pastikan kelestarian IPT dapat ditingkatkan

KPT galak penglibatan industri, pastikan kelestarian IPT dapat ditingkatkan

Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sangat menggalakkan penglibatan industri dalam penyelesaian masalah secara kreatif dan inovatif bagi memastikan kelestarian institusi pendidikan tinggi (IPT) dapat dipertingkatkan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Dato Mohammad Yusof Apdal berkata, ia juga adalah selari dengan keperluan industri dan negara.

“Sinergi yang kukuh antara pihak industri dan pihak akademia adalah amat diperlukan dalam memastikan graduan yang dilahirkan memiliki kemahiran dan pengetahuan bersesuaian dengan perubahan masa, teknologi serta keperluan negara.   

“Bagi program di Zon Borneo, kita telah memilih tajuk ‘Synergy for the Future: Navigating the Intersection of Industry and Academia’ sebagai tema perbincangan Zon Borneo. 

“Tema ini adalah bertujuan untuk memperolehi satu titik persamaan antara universiti dan industri yang berpengkalan di Sabah dan Sarawak agar keperluan-keperluan industri dan universiti untuk pembangunan industri dapat dikenal pasti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap program JPT-KPT-Industry Roundtable Discussion Series (JKIRD) Zon Borneo di sini semalam.

Hadir sama Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr Kasim Mansor.

Yusof berkata, kementeriannya juga sangat komited dengan program seumpama itu dan berharap agar pandangan pemain-pemain industri di Sabah dan Sarawak dapat diraikan dengan tujuan untuk meningkatkan kompetensi dan kemahiran graduan.

Katanya, lantaran itu, pihak kementerian telah menyalurkan dana kepada UMS melalui Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pendidikan Tinggi kepada Pusat Kolaborasi dan Libatsama Industri UMS agar program ini dapat dijayakan di Sabah dan Sarawak.  

“Program ini juga adalah salah satu platform untuk mendapatkan input daripada industri bagi memastikan penawaran program serta sistem pengajaran dan pembelajaran yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi (IPT) mampu mengisi bidang kepakaran yang diperlukan industri,” katanya.

Beliau turut berharap agar resolusi yang akan diserahkan kelak dapat membantu kementerian dalam merangka perancangan untuk meningkatkan lagi kemahiran dan kualiti graduan seperti yang diperlukan oleh industri di Sabah dan Sarawak. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

300 peserta hadir seminar sempena Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular