HomeUtamaBantuan BUDI, BAKTI beri manfaat pelajar Sabah lanjut pengajian

Bantuan BUDI, BAKTI beri manfaat pelajar Sabah lanjut pengajian

Read Time:1 Minute, 10 Second

Kota Kinabalu : Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One Off (BUDI) yang diperkenalkan Kerajaan Sabah sejak beberapa tahun lalu berjaya memberi manfaat kepada anak negeri ini untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Menerusi inisiatif itu, pelajar Sabah khususnya daripada golongan B40 dan yang bakal melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda akan diberikan bantuan tunai RM2,000 secara sekali bayar.

Bagi Siti Khalidah Mahalil, inisiatif yang diperkenalkan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu jelas memberi keutamaan kepada pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat dalam usaha melahirkan generasi berilmu selain memiliki kepakaran dan berkemahiran tinggi.

“Sejak pemerintahan Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor, kita dapat melihat banyak inisiatif baharu yang telah diambil oleh beliau dalam menoktahkan miskin tegar termasuklah isu pendidikan.

“Kita dapat lihat, pelbagai bantuan telah disalurkan bermula dari lahir hinggalah yang sudah berusia,” katanya ketika ditemui Sabah Media baru-baru ini.

Katanya, ini adalah satu pencapaian yang sangat baik selain ia juga merupakan satu langkah ke depan untuk kemajuan di negeri ini.

Tambahnya lagi, Kerajaan Sabah juga turut mengambil perhatian kepada para pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

“Para pelajar SPM; STPM dan STAM juga akan diberikan bantuan melalui Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) dengan bayaran bantuan sebanyak RM200 seorang yang terdiri dalam kalangan keluarga B40 dan M40,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular