HomeUtamaMetMalaysia laksana ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami di Kudat

MetMalaysia laksana ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami di Kudat

Read Time:32 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) esok.

Pengujian siren itu akan dilaksanakan di Pejabar Kastam Kudat bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi.

“Dimaklumkan bahawa MetMalaysia akan melaksanakan pengujian siren SAATNM pada 20 November 2023 (Rabu) di Pejabat Kastam Kudat, Sabah jam 9 hingga 11 pagi,” menurut kenyataan MetMalaysia di sini hari ini.

MetMalaysia turut menasihati penduduk di kawasan sekitar agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja. MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,”katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pusat Dialisis buah pinggang dicadang diwujudkan di Beaufort

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular