HomeUtamaBelanjawan 2024: Sabah Menjana Kesejahteraan Rakyat

Belanjawan 2024: Sabah Menjana Kesejahteraan Rakyat

Read Time:5 Minute, 8 Second

Oleh – Wan Azrain Adnan

1.        Pada minggu lepas, Kerajaan Sabah telah membentangkan Belanjawan Sabah 2024. Dengan tema ‘Sabah Teguh, Rakyat Terbela’, matlamat utama belanjawan tersebut ialah untuk menjana kesejahteraan rakyat Sabah.

2.        Belanjawan Sabah 2024 adalah Belanjawan Lebihan/ Surplus, di mana anggaran pendapatan melebihi anggaran perbelanjaan. Ianya melibatkan lebihan sebanyak RM 35.87 juta, di mana pendapatan negeri di anggarkan sebanyak RM 5.737 billion, manakala anggaran perbelanjaan pula adalah sebanyak RM 5.701 billion.

3.        Belanjawan Sabah 2024 adalah satu belanjawan yang lebih besar berbanding dengan Belanjawan Sabah 2023. Di bawah Belanjawan Sabah 2023 yang bertemakan ‘Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera’, sejumlah RM 5.138 billion telah di sediakan sebagai peruntukkan perbelanjaan. Ketika itu, ianya adalah peruntukan tertinggi di dalam sejarah Belanjawan Sabah sejak merdeka.

4.        Maka peruntukkan perbelanjaan di bawah Belanjawan Sabah 2024 telah melakar sejarah baru, dengan peningkatan sebanyak RM 0.563 billion (11%): dari RM 5.138 billion (2023) kepada RM 5.701 billion (2024). Peningkatan ini membuktikan komitmen Kerajaan Sabah untuk memperhebatkan pelaksanaan agenda Sabah Maju Jaya.

5.        Pada masa yang sama, sebagai perbandingan, Belanjawan Sabah 2024 adalah jauh lebih besar dari negeri-negeri lain di Malaysia. Sebagai contoh:

  • Selangor: Belanjawan 2024 Selangor melibatkan unjuran pendapatan sebanyak RM 2.2 billion dan unjuran perbelanjaan sebanyak RM 2.53 billion, dengan defisit berjumlah RM 330 juta
  • Johor: Belanjawan 2024 Johor melibatkan unjuran pendapatan sebanyak RM 1.804 billion dan unjuran perbelanjaan sebanyak RM 1.799 billion, dengan lebihan/ surplus sebanyak RM 4.21 juta

6.        Secara am-nya, usaha untuk menjana kesejahteraan rakyat Sabah wajar memberi tumpuan kepada dua perkara utama:

  • menyediakan infrastruktur awam yang menyeluruh dan berkualiti seperti – air, elektrik, jalan raya, sekolah
  • mewujudkan peluang pekerjaan dengan gaji bermaruah

7.        Sehingga kini rakyat Sabah masih tidak dapat menikmati kemudahan infrastruktur awam yang memuaskan dan mencukupi. Tanpa kemudahan awam yang baik, kualiti hidup ramai rakyat Sabah amatlah menduka-citakan. Tambahan lagi, isu infrastruktur awam ini sekian lama telah menghindar pelabur daripada membuat pelaburan di Sabah. Akhirnya ini telah menyebabkan Sabah terus di hantui dengan kadar pengganguran dan kemiskinan tertinggi di Malaysia.

Vicious Cycle ini mesti di putuskan untuk menjana kesejahteraan rakyat Sabah.

8.        Kadar pengganguran Sabah yang tinggi mungkin di sebabkan oleh beberapa perkara, termasuklah: kurang penwujudan peluang pekerjaan baru, peluang pekerjaan hanya tertumpu di bandar tertentu sahaja, pekerja tidak memiliki pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak industri, pekerja terlalu memilih pekerjaan, pekerja tidak mahu melakukan pekerjaan 3D (Dirty, Dangerous, Difficult).

9.        Baru-baru ini, semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan Sabah menyatakan bahawa kira-kira 20,000 peluang pekerjaan akan di wujudkan di Sabah melalui pelaburan asing dan domestik di Sabah, di antara tahun 2024 – 2035. Ini melibatkan 10 syarikat dalam pelbagai bidang pelaburan, termasuklah – industri keluli hijau, simen, pengurusan sisa, hab logistik, dan pemprosesan makanan laut.

Ini bermakna, secara purata untuk tempoh masa 11 tahun, hampir 2,000 pekerjaan baru akan di wujudkan setiap tahun oleh pelaburan tersebut.

10.      Namun begitu, sudah pasti jumlah pekerjaan baru tersebut tidak mencukupi untuk seluruh rakyat Sabah, di mana ribuan memasuki alam pekerjaan setiap tahun. Sektor-sektor ekonomi lain di Sabah juga mesti berkembang pesat untuk menwujudkan peluang pekerjaan yang sesuai untuk rakyat Sabah.

11.      Di zaman teknologi masa kini yang berlandaskan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), banyak pekerjaan sudah di gantikan dengan automasi. Maka, tidak lagi mudah untuk mewujudkan peluang pekerjaan dengan jumlah yang banyak. Kini, jumlah pelaburan yang besar tidak semestinya akan menyediakan banyak peluang pekerjaan.

12.      Sebagai contoh:

  • pembangunan pusat peranginan/ resort 5-bintang di Papar, Sabah, dengan jumlah pelaburan sebanyak RM 1 billion, di jangka akan menyediakan 500 peluang pekerjaan

(RM 2 juta pelaburan = 1 pekerjaan)

  • pelaburan bernilai RM 2 billion oleh Syarikat Borneo Cement (Sabah) untuk pembangunan kilang bersepadu klinker dan simen di Tongod, di anggarkan mewujudkan 1,000 peluang pekerjaan

(RM 2 juta pelaburan = 1 pekerjaan)

  • tambahan pelaburan berjumlah RM 300 juta oleh Syarikat SK Nexilis melalui bagi kilang copper granulation di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), di jangka akan mewujudkan 70 peluang pekerjaan

(RM 4.29 juta pelaburan = 1 pekerjaan)

13.      Justeru itu, amatlah bertetapan di bawah Belanjawan Sabah 2024, Kerajaan Sabah telah memperuntukkan sejumlah RM 813.56 juta untuk menyokong pembangunan 3 sektor ekonomi utama Sabah, iaitu: pertanian, perindustrian dan pelancongan.

14.      Di samping itu juga, Belanjawan Sabah 2024 menyediakan peruntukan pembangunan sebanyak RM 689.66 juta kepada Kementerian Kerja Raya Negeri Sabah. Jumlah ini dapat di gunakan untuk sedikit sebanyak mengatasi isu-isu legasi infrastruktur awam di Sabah.

15.      Pada masa yang sama, Belanjawan Sabah 2024 turut menyediakan dana untuk pembangunan modal insan di Sabah. Isu pengganguran dan kemiskinan dapat di tangani secara efektif dengan menyediakan rakyat Sabah dengan pengetahuan, kemahiran dan kepakaran terkini. Peruntukkan itu termasuklah:

  • RM 101 juta untuk biasiswa dan dermasiswa kepada 1,500 orang bakal pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi
  • RM 27.45 juta untuk pelaksanaan pelbagai program latihan dan kursus kemahiran di Jabatan Pembangunan Sumber Manusia
  • RM 33 juta untuk pelaksanaan kursus dan latihan kemahiran sains, teknologi dan inovasi

16.      Di bawah Belanjawan Malaysia 2024, Sabah telah di berikan peruntukkan sejumlah RM 6.6 billion untuk pelbagai projek pembangunan. Peruntukkan tersebut merupakan peningkatan sebanyak RM 100 juta (1.5%) berbanding dengan jumlah peruntukkan kepada Sabah di bawah Belanjawan 2023 (RM 6.5 billion).

17.      Maka, dengan jumlah peruntukkan di bawah Belanjawan Sabah 2024 dan Belanjawan Malaysia 2024, Sabah berada di atas landasan yang kukuh untuk terus memperkasa agenda pembangunan negeri, dan menjana kesejahteraan rakyat Sabah.

18.      Sabah Teguh, Rakyat Terbela.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa berjaya bangunkan ekonomi Sabah – Arif Sakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular