HomeUtamaKolej Islam MUIS dijangka dibuka tahun depan

Kolej Islam MUIS dijangka dibuka tahun depan

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Sebuah Kolej Islam yang bakal menawarkan kursus peringkat diploma dalam pelbagai bidang dijangka akan dibuka bermula tahun depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, kolej itu akan bekerjasama dengan beberapa universiti berdasarkan keperluan bagi memenuhi permintaan di negeri ini.

“Antara yang akan kita laksanakan pada 2024 melalui Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) ialah penubuhan Kolej Islam yang akan bekerjasama dengan universiti dalam dan luar negeri.

“Ini akan meliputi bidang-bidang selain keagamaan termasuk bidang profesional yang InsyaAllah akan kita lihat selain kita juga akan nilai keperluannya bagi memenuti permintaan di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini baru-baru ini.

Arifin berkata, pada ketika ini pihaknya belum menentukan jumlah kemasukan pelajar namun mensasarkan pengambilan sebanyak 50 pelajar pada peringkat awal.

“Kita akan membuat Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan beberapa university di Semenanjung.  Pada ketika ini sudah ada beberapa universiti kita kenal pasti dan saya ada melawat universiti berkenaan, mereka menyatakan sedia untuk bekerjasama dengan MUIS,” katanya.

Terdahulu, ketika membuat penggulungan kementeriannya, Arifin berkata, perancangan itu adalah bagi memastikan Aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ) dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Katanya, melalui kerjasama pintar itu, halatuju pelajar-pelajar ini akan dapat ditentukan dan selepas pengajian peluang untuk mereka meraih pekerjaan akan semakin cerah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 – DOSM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular