HomeIsu tempatanJHEWA, PPIB UMS anjur bengkel bahasa dan AI untuk usahawan wanita Sabah

JHEWA, PPIB UMS anjur bengkel bahasa dan AI untuk usahawan wanita Sabah

Read Time:1 Minute, 39 Second

Kota Kinabalu: Kecekalan usahawan wanita merupakan kunci bagi kejayaan mereka dalam usaha memperkasakan penggunaan bahasa Inggeris dan Artificial Intelligence (AI) dalam pemasaran media sosial.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Haslina Ismail berkata, penguasaan asas bahasa Inggeris dalam media sosial adalah sangat penting bagi usahawan wanita untuk memperkenalkan produk mereka ke peringkat yang lebih jauh khususnya untuk menarik perhatian pelanggan luar negara.

“Justeru, saya percaya bahawa bengkel-bengkel yang telah diadakan ini dapat membantu usahawan wanita meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam mempromosikan produk mereka di platform media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Bahasa Inggeris untuk Pemasaran Media Sosial (Siri 3) anjuran JHEWA dan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) Universiti Malaysia Sabah (UMS), baru-baru ini.

“Saya berharap agar kolaborasi program pemindahan ilmu dengan UMS ini dapat diteruskan dan memberi manfaat kepada peserta secara individu dan memupuk perkongsian ilmu antara UMS dan JHEWA,” katanya.

Bengkel tiga siri ini bermatlamat untuk menangani isu dan masalah kemahiran komunikasi digital, terutamanya dalam kalangan usahawan wanita dalam penggunaan bahasa Inggeris bagi pemasaran media sosial.

Terdahulu, Ketua Knowledge Transfer Program (KTP) PPIB, UMS Dr. Priscilla Shak berkata, penganjuran program tersebut merupakan salah satu usaha kerjasama dan kolaborasi dalam aspek pemindahan ilmu kepada komuniti. 

“Peserta-peserta bengkel telah menunjukkan kesungguhan mereka dalam mempertingkatkan kemahiran penggunaan bahasa Inggeris dalam pemasaran media sosial.

“Terdapat beberapa orang peserta yang tidak mempunyai sebarang akaun perniagaan media sosial pada awal bengkel. Namun begitu, mereka kini bukan sahaja telah menubuhkan akaun perniagaan Facebook dan Instagram mereka sendiri tetapi juga telah berupaya untuk menggunakan AI untuk menghasilkan kandungan dalam bahasa Inggeris bagi media sosial mereka,” katanya.

Pada bengkel tersebut, seramai 43 peserta dalam kalangan usahawan wanita Sabah di bawah pemantauan JHEWA telah mengambil bahagian dalam bengkel-bengkel yang telah dijalankan oleh PPIB UMS sejak bulan September tahun ini.

Turut hadir, Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Khidmat Masyarakat PPIB UMS, Dr. Kavitha Ganesan; Penceramah Program, Dr. Adeline Tam dan Dr. Kelvin Yong dan pensyarah-pensyarah PPIB UMS.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular