HomeUtamaKPLB pandang serius perbuatan pihak ketiga guna rekabentuk Rumah SMJ

KPLB pandang serius perbuatan pihak ketiga guna rekabentuk Rumah SMJ

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) memandang serius perbuatan pihak ketiga yang cuba menggunakan rekabentuk Rumah Mesra  Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi tujuan komersil.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, hasil dapatan carian di media sosial, pihak KPLBS mendapati adanya cubaan untuk meniru rekabentuk program Rumah Mesra SMJ tersebut.

Rumah SMJ yang siap dibina di DUN Kuala Penyu

“Kita mendapati terdapat pihak lain yang menggunakan rekabentuk dan skim warna yang serupa dengan program Rumah Mesra SMJ, yang merupakan inisiatif kerajaan negeri Sabah.

“Sekiranya perkara ini dibiarkan, sudah tentu ianya boleh mencetus kekeliruan di kalangan masyarakat awam berhubung inisiatif program Rumah Mesra SMJ, yang mana tujuan kerajaan negeri mewujudkan program ini adalah untuk memberi bantuan rumah  secara percuma kepada orang miskin,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jahid berkata. kesannya juga sudah pasti menimbulkan pelbagai spekulasi serta gambaran tidak baik kepada kerajaan di kemudian hari.

Justeru, beliau meminta kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pihak tertentu yang disyaki dengan sengaja mengguna pakai rekabentuk Rumah Mesra SMJ supaya melaporkannya kepada pihak kementerian tersebut untuk tindakan selanjutnya.

“Kita berharap pihak tidak bertanggung jawab itu berhenti mengambil kesempatan terhadap rekabentuk Rumah Mesra SMJ, apatah lagi jika bertujuan untuk mengaut keuntungan,” katanya.

Jahid Jahim

Untuk rekod, setakat 22 November 2023 lalu, pihak kementerian melalui pejabat-pejabat daerah di seluruh Sabah telah menyiapkan sebanyak 541 unit setakat ini.

Manakala, pelaksaannya masih sedang giat dibuat bagi memenuhi perancangan kerajaan negeri untuk membina sebanyak 1,500 unit Rumah Mesra SMJ di kesemua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah, dengan anggaran kos tahunan sebanyak RM125.6 juta.

Rumah Mesra SMJ yang merupakan inisiatif baharu di bawah teras modal insan dan kesejahteraan rakyat dalam Hala Tuju Sabah Maju jaya (SMJ) telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor, pada 29 September tahun lepas. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular