HomeUtamaAgong Berangkat Ke Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-52 Uae

Agong Berangkat Ke Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-52 Uae

Read Time:45 Second

BERNAMA

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis sambutan Hari Kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang ke-52 di Jubilee Park, Expo City di Dubai semalam.

Turut berangkat paduka anakanda Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Antaranya Presiden Indonesia Joko Widodo, Timbalan Perdana Menteri UAE Sheikh Saif bin Zayed Al Nahyan dan Menteri Kanan Penyelaras Keselamatan Negara Singapura Teoh Chee Hean.

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini berada di Abu Dhabi bagi lawatan khas yang berakhir esok. 

Lawatan itu sempena Persidangan ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP28) yang bermula Khamis lepas dan berakhir 12 Dis ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular