HomeUtamaRM157 juta peruntukan disalurkan kepada penerima BWE di Sabah

RM157 juta peruntukan disalurkan kepada penerima BWE di Sabah

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan hampir RM 157 juta kepada 29,059 penerima Bantuan Warga Emas (BWE) setakat 30 November tahun ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata, RM500 sebulan akan diberikan kepada penerima skim bantuan kewangan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah melalui BWE.

“Bagi menjamin warga emas terus dilindungi dan mendapat penjagaan sewajarnya, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah juga melaksanakan Program Khidmat Bantu di Rumah (Home Help Services) yang mana seramai 759 warga emas telah mendapat manfaat,” katanya semasa Majlis Sambutan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023 di sini, pada Rabu.

Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Maria Chong dalam majlis yang dihadiri seramai 150 warga emas.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

James turut memaklumkan kementeriannya (KPMKR) juga melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama rakan strategik untuk membantu memelihara kebajikan kumpulan sasar selaras konsep “Kebajikan Tanggungjawab Bersama.”

“Salah satu program CSR dengan pihak korporat ialah Program Homeward yang merupakan kerjasama antara Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah dengan Petronas,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 21 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) telah ditubuhkan di negeri Sabah dengan jumlah ahli berdaftar seramai 5,980 warga emas sehingga November 2023.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

PRN17 SABAH: Pastikan GRS-PH Plus menang kerusi DUN Melalap

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular