HomeUtamaIffa Natasya peserta tunggal dari Sabah terima ARPRM Tahap Emas 2023

Iffa Natasya peserta tunggal dari Sabah terima ARPRM Tahap Emas 2023

Read Time:1 Minute, 23 Second

KUALA LUMPUR: Seramai 106 remaja dari seluruh Malaysia ditauliahkan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas di Majlis Sukan Negara di sini pada Khamis (7 Dis).

Majlis pentauliahan ARPRM Tahap Emas 2023 itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Adam Adli Abd Halim.

Iffa Natasya Mohd Zikri, 24, merupakan peserta tunggal dari negeri Sabah yang berasal dari Tawau, sangat bersyukur dan bangga atas pencapaiannya ditauliahkan ARPRM Tahap Emas pada tahun ini.

“Pentauliah ini merupakan satu pengiktirafan yang tinggi dan bertaraf antarabangsa dalam bergiat aktif melakukan kerja sosial bersama masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, dengan pengtauliahan ini bukanlah imbuhan baginya tetapi adalah satu permulaan untuk terus bergiat aktif bagi membangunkan dirinya dari aspek Kesukarelawan, Kepimpinan dan Kemahiran bersama masyarakat amnya dan belia Khasnya.

Justeru, Iffa Natasya juga sangat berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dirinya seperti ibu bapa, pemimpin NGO dan rakan-rakan yang banyak membantu dirinya selama ini.

ARPRM dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan kerjasama Badan Operasi iaitu persatuan belia, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan lain-lain organisasi.

Selain itu, ARPRM juga merupakan sebuah program ikonik bertaraf antarabangsa yang mengguna pakai model The Duke of Edinburgh’s International Award khas untuk belia berusia antara 14 hingga 25 tahun.

Dalam majlis tersebut juga sebanyak 27 Badan Operasi termasuk Kelab Rakan Muda Tawau dibawah pimpinan Sdr. Alex Dennis selaku Pemimpin dan Mentor telah menerima tauliah tahap Emas dan penghargaan pada majlis kali ini.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian “Reward Award Leader MPE 2023” kepada 10 Badan Operasi atas pencapaian melahirkan penerima pentauliahan tahap Emas secara konsisten bagi tiga tahun berturut-turut.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular