HomeIsu tempatanNasihat ibu jadi inspirasi untuk penghidap SLE teruskan pengajian

Nasihat ibu jadi inspirasi untuk penghidap SLE teruskan pengajian

Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu : Nasihat ibu untuk terus kekal tabah meskipun disahkan menghidap Systemic Lupus Erythematosus (SLE) sewaktu pengajian menjadi inspirasi buat Affenazilla Hardey yang berjaya menerima ijazah pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-25. 

SLE yang dihidap Affenazilla itu turut menyebabkan sebelah kakinya mengalami kesukaran bergerak.

Kesukaran itu juga dilihat tidak mematahkan semangat beliau untuk terus cekal menamatkan pengajiannya dalam program Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Dengan Kepujian (Ekonomi Kewangan), Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan,  (UMS).

Affenazilla merupakan antara 4,236 graduan yang menerima penganugerahan ijazah yang disampaikan oleh Pro-Canselor UMS, Tan Sri Azman Hashim.

Katanya yang mengakui sepatutnya bergraduasi pada tahun lalu tetapi terpaksa menangguhkan pengajian selama setahun disebabkan menjalani pembedahan pada kaki kiri akibat jangkitan kuman.

“Semuanya bermula pada semester lima pengajian apabila selama tempoh tiga bulan saya terlantar sakit dan ditahan di wad sehingga terpaksa menangguhkan latihan industri.

“Pensyarah dan rakan-rakan yang banyak memberi dorangan untuk meneruskan pengajian, malahan ada yang berkongsi salinan nota dan maklumat berkaitan topik sepanjang ditahan di hospital,” katanya. 

Affenazilla turut berkongsi bahawa ada satu ketika dia pernah berputus asa dan ingin berhenti daripada pengajian. 

“Ini kerana walaupun sudah menjalani pembedahan, namun kaki saya masih belum pulih secara sepenuhnya, dan memerlukan rawatan kemoterapi selama berbulan-bulan di hospital,” katanya.

Katanya, sebagai anak bongsu daripada empat beradik, beliau menganggap dirinya sebagai harapan terakhir dalam keluarganya untuk menggenggam segulung ijazah, selain turut berhasrat untuk terus menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi selepas ini. 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PSI Universiti Oxford, UMS catat sejarah jalin kerjasama dalam penyelidikan pandemik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular