HomeUtamaPesara tentera maut, kenderaan dipandu terbabas

Pesara tentera maut, kenderaan dipandu terbabas

Read Time:1 Minute, 3 Second

PENAMPANG: Seorang pesara tentera maut selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan dalam kejadian yang berlaku di jalan Papar – Kota Kinabalu semalam.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis mengenai satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang berlaku di jalan Papar – Kota Kinabalu berhampiran stesen minyak Putatan, Penampang pada jam 7.53 malam tadi (1 Jan).

Katanya, hasil siasatan awal pihak polis di lokasi kejadian, dipercayai kemalangan berpunca daripada kenderaan yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan menghala ke kota kinabalu.

“Akibat kemalangan tersebut, pemandu, seorang lelaki berumur 56 tahun yang juga merupakan pesara tentera disahkan maut di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan bertugas dari Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

“Manakala seorang penumpang di tempat duduk hadapan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sehubungan dengan kes tersebut, beliau meminta saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat untuk membantu siasatan.

“Pihak polis turut meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan gambar di lokasi kejadian bagi menjaga sensitiviti keluarga,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular