HomeIsu tempatanHospital Beaufort kesan waris jenazah tidak dituntut

Hospital Beaufort kesan waris jenazah tidak dituntut

Read Time:44 Second

Beaufort : Hospital Beaufort memohon bantuan orang ramai untuk mengesan waris jenazah lelaki yang disahkan meninggal dunia pada November tahun lalu 

Pengarah Hospital Beaufort Dr Ridwan Hashim berkata, usaha untuk mencari waris masih diteruskan namun sehingga kini jenazah tersebut masih belum dituntut.

“Pihak Hospital Beaufort telah berusaha untuk mencari waris pesakit namun usaha itu gagal. Pesakit lelaki yang dikenali sebagai Samsudin Rahmat, 62, dengan alamat terakhir di Lot 4, Tingkat 2, Blok 4, Jalan Perpaduan, Kampung Air, Kota Kinabalu.

“Lelaki tersebut meninggal dunia pada 15 November lalu jam 7 malam dan sehingga kini jenazahnya masih ditempatkan di Unit Perubatan Forensik Hospital Beaufort kerana tidak dituntut oleh ahli keluarga atau waris,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Ridwan berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan ahli keluarga atau waris jenazah boleh menghubungi pihak Unit Forensik Hospital Beaufort di talian 087-212333 sambungan 345. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular